Skip to main content

Sebab.

Aku kembali berblog sebab aku rasa aku sangat tertekan.
(Sedang aku menaip, suami aku berkata "hah main blog? so 2005" - ah shadaplah yu husband.

Aku dah cuba pelbagai cara dengan mengalihkan perhatian.
Masih tidak berjaya.

Suami aku kata, dia nampak aku macam dia nampak diri dia semasa bekerja di RSD. (company lama kami)

Perasaan yang macam nak meletupnya, melampau lampau. Well, apa yang aku buat sekarang ni, baru 1% dari apa suami aku buat. Plus, I'm not good with numbers. Tapi rezeki kut, dapat kerja main duit. Padahal paper fundamentals of business accounting aku hampir kelaut.

Aku tak tahu sama ada aku exaggerate atau tidak. Yelah, ramai lagi kerja lagi stress..tapi mereka masih boleh kawal.

Tapi aku....dah.rasa.macam.nak.mati.

mati.
mati.
mati.
mati.
mati.
mati.

Dengan pantasnya aku update profile jobstreet yang sudak setahun tak berupdate. Mungkin environment tempat kerja yang sekarang sangat dull? mungkin? Aku tak sure kenapa macam takde chemistry antara aku dengan company sekarang. Fikiran aku sangat messy.

To be honest, aku belajar banyak dekat company sekarang. Especially pasal IT dan accounting software. Seronok belajar. Seronok tahu gadget gadget canggih. Tapi, tak seronok bila kena hadap kusut masai kerja.

Terlalu kusut. Aku dahlah ada masalah suka buat kerja A-Z. Macam OCD tau. Kalau aku susun A-Z mesti follow. Aku boleh jadi dungu bila orang kacau. Haih, aku tak tahulah.

Aku belum nekad nak resign. Bos baru akan masuk early of November. Tengoklah macam mana. Hopefully otak serabut aku makin berkurang. Aku tak rasa kerja aku susah. Senang je...mungkin semangat tengah lemah tahap....

Atau, cari je kerja lain?

x,
tia

p/s: move on.

Comments

Ticha said…
hHhahaha nazry punya statement..
nk buat mcm mana..kite sronok bila menaip..
xkan kite nk ikut trend budak wichet english drjh satu pun fail..
tia kamal said…
Haha! Tulah..dak dak wicet..

Popular posts from this blog

Resepi 101 | Donut Lembut & Gebu (Sedap & Mudah)

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Sejak dah jadi working mom ni, semua benda yang simple semua aku sebat. Yela, balik office penat nak mati lepas tu, nak masak lagi. Lebih lebih lagi kalau dapat anak yang picky eater. #pengsan

Terima kasih dekat +Puteri Iris , sebab sudi berkongsi resepi di blognya: daridapuraida

Anak aku yang no.1 satu, suka betul dengan western food. Lepas tu, bukan semua dia sebat tau (walaupun dalam category yang sama) dia sangat #drama (selalu jugalah aku menjadi Vegeta - Dragon Ball).

So, semua watak villain tu aku lah - dimata anak aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Umar (anak no.1) request donut. Bila dia request something, tandanya dia betul betul nak. So apa lagi, aku pun checklah stok nak buat donut ni ada ke tak. Lepas tu, aku perasan KENTANG takde.

Biasanya, aku buat donut campur kentang yang direbus/kukus lepas tu lenyek bersama tepung. FYI, aku ikut resepi makcik aku. Dia punya donut lembut gila. Jealous gila okay? Aku try asyik jadi keria je…

Drama Review | Three Lives Three World, Ten Miles of Peach Blossoms (Bai Qian)

Suami aku pening tengok aku kemaruk tengok cerita ni. Aku tak boleh lah tengok orang lawa lawa ni. Cerita ni dibarisi pelakon yang aku tak kenal langsung.

Jalan cerita digarap dengan baik, cuma plot dia macam tak menyabar nak habis. Laju sangat. air mata nak keluar masuk balik.
Watak Utama dia Bai Qian, Queen of Qing Qiu. Bai Qian ni dari Fox Clan. Aku jadi suka dengan cerita ni sebab dia straight to the point. Memangla nampak bosan, tapi tak bosan gais. Tak bosan.
Bai Qian ni kalau dia peduli pasal orang tu, dia akan take care kaw kaw. Macam masa Mo Yuan (tok guru) dia mati, dia punya sedih macam orang meroyan. Dia siap bawa lari & preserver mayat tok guru dengan belah dada dia sendiri. Sebab katanya darah fox clan ni powerful. 
Cerita ni tak macam sinetron okey, sepuluh angle untuk satu scene. Dia ratus ribu tahun berlalu dalam masa beberapa minit. Haha. Suka suka. Sesuai dengan au yang suka speed reading ni. Aku tak boleh baca elemen yang berkias ni. Malas fikir.
Nama asal Bai…

Kerat rambut kasi pendek!

Sejak aku dalam pantang aku dah cakap dengan mak aku (manja konon);

"Along rimas la rambut panjang ni" "Tak boleh, orang pantang tak boleh gunting rambut"
"M,K,Fineeeee" Tipu, aku tak cakap macam tu, cuma terkulat kulat je.

Selang tujuh bulan anak aku (Naell) dilahirkan, suami aku pun memberontak dengan panasnya, tapi bercakap dengan nada ayu dan sopan, "yang, jom buat treatment?"

TBH, aku memang dah rimas tahap godzilla dengan rambut panjang mak lampir ni.
Apa lagi immediately aku cari gambar style pixie cut.

Cantik! Lagi satu, kalau rambut pendek, rambut akan kering dengan cepatnya tanpa perlu diblow oleh hair dryer.

Lepas tu aku teringat heroin cerita Once Upon a Time, Ginnifer Goodwin..Bila stylist tanya aku, kenapa nak potong pendek? Aku cakap aku pemalas, pendek senang, geleng kepala stylist lemah gemalai tapi cute tu.

Selepas potong, suami aku suka betul, mula dia tak kenan, sebab dia suka perempuan ayu rambut mengurai, maybe since dia ta…