Tuesday, August 23, 2016

Whaddup JB?

Memandangkan minggu lepas mak budak beranak 2 ni macam dah mental,
Abah kepada dua manusia bulat ini mencadangkan short vacation untuk kami anak beranak.

Dia kata jom overseas? Aku cakap lecehlah, nak kena renew passport lagi..tiket hotel..nanti stress je lebih.

Dia cakap Aquaria? - hurm menarik juga tapi letihlah jalan jalan dalam KL, nak luar KL..banyak entertainment dan boleh belanja Umar sekali.

TAMAN TEMA.

Genting belum buka lagi, terfikir, EH! Dulu Muna asyik pelawa pergi Legoland.. Yay LEGOLAND.

Last kita orang pergi JB semasa mak Madiha a.k.a 'Aqilah kahwin. Lepas tu dah tak pergi dah. Jauh. Aku takde lesen lagi so, pedih sikit la bontot suami aku kena drive seorang diri. (aku nak drive dia tak bagi - KEDEKUT)

Oleh itu, sempena ulang tahun yang ke-3, Umar Mirza, jom kita dekatkan diri dengan kerajaan negeri 01 a.k.a Johor.

Bak kata pepatah, " seperti sireh pulang ke ganggang" - amboi puitis sangat.

Hotel & tiket dah book, tinggal nak make sure hari Jumaat nanti perjalanan kami berjalan dengan lancar. Rasa sedih pula tak bawa Naell. Naell next year eh? Kita pergi Genting :)

Adik aku cakap dekat Johor dah ada banyak taman tema seperti Hello Kitty, Angry Bird, siap ada Ice Skating rink..murah je...tapi, Royale Ice Skating Rink sebelah rumah je kita orang je ni, tak pergi pergi.. =.='

Eh, BTW, aku bukan paksa suami aku pergi JB tau, aku punya sweet escape plan for this weekend lagi mencabar, tapi suami aku kata nanti aku stress. urghhhhhh. Aku suggest naik kereta api ke padang besar. Bila suami aku tanya untuk apa? Aku reply, saja, pastu pusing balik ke KL. ha ha ha , kereta api kita bukan Shinkansen ya tia oi!

Okay bye.

x,
tia

p/s: Sorry Umar, takde cake for your actual birthday celebration. love you.

No comments:

Featured Post

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi!  Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi.  FYI, vid...

Popular Post