Monday, November 21, 2016

Kerat rambut kasi pendek!

Sejak aku dalam pantang aku dah cakap dengan mak aku (manja konon);

"Along rimas la rambut panjang ni"
"Tak boleh, orang pantang tak boleh gunting rambut"
"M,K,Fineeeee" Tipu, aku tak cakap macam tu, cuma terkulat kulat je.

Selang tujuh bulan anak aku (Naell) dilahirkan, suami aku pun memberontak dengan panasnya, tapi bercakap dengan nada ayu dan sopan, "yang, jom buat treatment?"

TBH, aku memang dah rimas tahap godzilla dengan rambut panjang mak lampir ni.
Apa lagi immediately aku cari gambar style pixie cut.

source: google
Cantik! Lagi satu, kalau rambut pendek, rambut akan kering dengan cepatnya tanpa perlu diblow oleh hair dryer.

Lepas tu aku teringat heroin cerita Once Upon a Time, Ginnifer Goodwin..Bila stylist tanya aku, kenapa nak potong pendek? Aku cakap aku pemalas, pendek senang, geleng kepala stylist lemah gemalai tapi cute tu.

Image result for ginnifer goodwin hair
source: google
Selepas potong, suami aku suka betul, mula dia tak kenan, sebab dia suka perempuan ayu rambut mengurai, maybe since dia tahu bini dia punya rambut gugur mmacam apa..dia pun suka...😅

Bila dia asyik duk puji je, aku terus pandang dia & berkata..

"B, ni suka pengkid ke?" Terbahak bahak dia ketawa. 😂💏

Itu sahajalah cerita aku, sementara tunggu bos aku siap guna MYOB. 😀

x,
tia.


No comments:

Featured Post

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi!  Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi.  FYI, vid...

Popular Post