Skip to main content

NAK.

Tahun ni, aku nak ambil lesen kereta & nak turun berat badan. 10kg pun jadilah.

#amboi
#1kgpunpayah
#likeseriously

LESEN
Umur pun dah lanjut. Bila lagi nak belajar main corner sambil drift? (pfffft). Konon. Aku rasa makin tua, semangat aku makin mengecut. Dia macam nak pijak pedal minyak tu macam risau kereta tu melambung terus.

Pernah suami aku ajar kat basement, kosong time tu takde orang. So boleh la jalan macam siput babi. Tapi auto kan kalau tak pijak pun dia gerak sendiri. So end up aku tak pijak pun. Tapi cuak kereta tu gerak. Leps tu, mata asyik tengok bawah. "Mana satu brek mana satu nak pijak ni!" Naik lecak peluh aku kat ketiak. Padahal jalan depan kosong je. Cuak bukan main!

Lagi satu, aku takut betul exam. Sebab aku rasa aku ni slightly dyslexia.Tak tipu. Sometimes aku rasa satu ayat jumble up. Stress. Mereng barangkali. #alasan

NAK TURUN BERAT BADAN
Walaupun suami aku kata, tak payahlah. Dah okay dah tu. Aku rasa mata dia something wrong somewhere. Hehe, Bini dia dah macam ikan paus ni. Kalau marah jadi HULK. So, untuk membolehkan suami aku angkat aku ala-ala adegan romantis.. Aku pun pasanglah azam ni. Dengan cuaknya. Nak lari esok. Bakar spare tyre lori balak kat perut. Bakar semua . Bakar...Kita bako jelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sekian.

x,
tia.

P/s: suami, sila sponsor.

Comments

Popular posts from this blog

Sebab.

Aku kembali berblog sebab aku rasa aku sangat tertekan.
(Sedang aku menaip, suami aku berkata "hah main blog? so 2005" - ah shadaplah yu husband.

Aku dah cuba pelbagai cara dengan mengalihkan perhatian.
Masih tidak berjaya.

Suami aku kata, dia nampak aku macam dia nampak diri dia semasa bekerja di RSD. (company lama kami)

Perasaan yang macam nak meletupnya, melampau lampau. Well, apa yang aku buat sekarang ni, baru 1% dari apa suami aku buat. Plus, I'm not good with numbers. Tapi rezeki kut, dapat kerja main duit. Padahal paper fundamentals of business accounting aku hampir kelaut.

Aku tak tahu sama ada aku exaggerate atau tidak. Yelah, ramai lagi kerja lagi stress..tapi mereka masih boleh kawal.

Tapi aku....dah.rasa.macam.nak.mati.

mati.
mati.
mati.
mati.
mati.
mati.

Dengan pantasnya aku update profile jobstreet yang sudak setahun tak berupdate. Mungkin environment tempat kerja yang sekarang sangat dull? mungkin? Aku tak sure kenapa macam takde chemistry antara aku dengan com…

Resepi 101 | Donut Lembut & Gebu (Sedap & Mudah)

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Sejak dah jadi working mom ni, semua benda yang simple semua aku sebat. Yela, balik office penat nak mati lepas tu, nak masak lagi. Lebih lebih lagi kalau dapat anak yang picky eater. #pengsan

Terima kasih dekat +Puteri Iris , sebab sudi berkongsi resepi di blognya: daridapuraida

Anak aku yang no.1 satu, suka betul dengan western food. Lepas tu, bukan semua dia sebat tau (walaupun dalam category yang sama) dia sangat #drama (selalu jugalah aku menjadi Vegeta - Dragon Ball).

So, semua watak villain tu aku lah - dimata anak aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Umar (anak no.1) request donut. Bila dia request something, tandanya dia betul betul nak. So apa lagi, aku pun checklah stok nak buat donut ni ada ke tak. Lepas tu, aku perasan KENTANG takde.

Biasanya, aku buat donut campur kentang yang direbus/kukus lepas tu lenyek bersama tepung. FYI, aku ikut resepi makcik aku. Dia punya donut lembut gila. Jealous gila okay? Aku try asyik jadi keria je…