Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Memori: Hari pertama Menstruasi

2000, Tampoi, JB

Sabtu, aku rasa hari sabtu. Sebab hari tu, aku tak sedap badan (malas nak pergi kokurikulum kat sekolah). Aku dulu suka tidur sampai esok hari nya. Mak abah panggil aku mayat hidup. #LOL
Aku tak ingat mak abah aku pergi mana. Seingat aku, seorang pun takde. Bangun je rasa shitty gila. Perasaan tu fresh sebab first time kena benda tu. Aku rasa aku bangun awal sikit masa tu, dalam pukul 9 macam tu? (aku rasa awal)
Lepas tu, aku pun ambillah towel, nak mandi, aku terkejut sebab basah. Dalam hati aku, "oh man~ (ceh nak berompotih bagai). Aku mati mati ingat aku ngompol. Aku pun segera ke bilik air dan aku hampir nak pitam. DARAH!
FYI, aku tak belajar lagi pasal mentruasi ni. Belum sampai chapter tu. So, I thought I was dying. LITERALLY DEAD. Takde orang dekat rumah dan aku seorang diri. Tiba tiba, aku teringat. Mak ada pampers.
Aku ni ada trait suka menyelongkar barang dekat rumah. Sebab takde kerja. (ada je kerja sekolah tapi gatal nak buat task yang challenging) So…

Memori: Jongkang Jongket

1998, Tampoi, JB

Dulu rumah aku bersebelahan je dengan taman permainan. Buka tingkap bilik terus boleh nampak buaian, kolong, jongkang jongket..tu jelah yang ada seingat aku 😅
Aku ni boleh dikatakan terlalu percayakan orang masa kecik kecik. Lurus pun ya juga. Asyik kena kelentong je dengan kawan kawan. Haih 😥
Nak dijadikan cerita, kawan aku ni pun ajaklah aku main sekali. Aku ni ngeri sedikit. Yela. Masa tu aku kecil, so ngeri bila kat atas. Sempat aku pesan, B (bukan nama sebenar). "Kalau nak turun, kita turun sama sama tau!" Dia pun setuju. Lepas tu kita orang pun main lah, happy bukan main.

Tiba tiba B di panggil oleh kawan aku lagi satu, C (bukan nama sebenar). Masa tu, aku dekat atas. Kau tahu B buat apa?

B bla macam tu je. 

Sakit punggung aku. B ni B*** Betul. Putus kawan sehari, nasib rumah dekat. Takde mood nak main lagi. Sempat jugalah air mata mengalir macam putus cinta.

Sejak dari tu, aku tak suka main jongkang jongket.

Sekian.

x,
tia.


Resepi 101 | Donut Lembut & Gebu (Sedap & Mudah)

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Sejak dah jadi working mom ni, semua benda yang simple semua aku sebat. Yela, balik office penat nak mati lepas tu, nak masak lagi. Lebih lebih lagi kalau dapat anak yang picky eater. #pengsan

Terima kasih dekat +Puteri Iris , sebab sudi berkongsi resepi di blognya: daridapuraida

Anak aku yang no.1 satu, suka betul dengan western food. Lepas tu, bukan semua dia sebat tau (walaupun dalam category yang sama) dia sangat #drama (selalu jugalah aku menjadi Vegeta - Dragon Ball).

So, semua watak villain tu aku lah - dimata anak aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Umar (anak no.1) request donut. Bila dia request something, tandanya dia betul betul nak. So apa lagi, aku pun checklah stok nak buat donut ni ada ke tak. Lepas tu, aku perasan KENTANG takde.

Biasanya, aku buat donut campur kentang yang direbus/kukus lepas tu lenyek bersama tepung. FYI, aku ikut resepi makcik aku. Dia punya donut lembut gila. Jealous gila okay? Aku try asyik jadi keria je…