Skip to main content

Memori: Jongkang Jongket

1998, Tampoi, JB

Dulu rumah aku bersebelahan je dengan taman permainan. Buka tingkap bilik terus boleh nampak buaian, kolong, jongkang jongket..tu jelah yang ada seingat aku 😅

Aku ni boleh dikatakan terlalu percayakan orang masa kecik kecik. Lurus pun ya juga. Asyik kena kelentong je dengan kawan kawan. Haih 😥

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni pun ajaklah aku main sekali. Aku ni ngeri sedikit. Yela. Masa tu aku kecil, so ngeri bila kat atas. Sempat aku pesan, B (bukan nama sebenar). "Kalau nak turun, kita turun sama sama tau!" Dia pun setuju. Lepas tu kita orang pun main lah, happy bukan main.

Tiba tiba B di panggil oleh kawan aku lagi satu, C (bukan nama sebenar). Masa tu, aku dekat atas. Kau tahu B buat apa?

B bla macam tu je. 

Sakit punggung aku. B ni B*** Betul. Putus kawan sehari, nasib rumah dekat. Takde mood nak main lagi. Sempat jugalah air mata mengalir macam putus cinta.

Sejak dari tu, aku tak suka main jongkang jongket.

Sekian.

x,
tia.


Comments