Showing posts with label skin. Show all posts
Showing posts with label skin. Show all posts

Thursday, April 2, 2020

Random & Berkurung Day 16 | GRIT & GRIME

Assalamualaikum semua,

Nak dramatik sikitlah..

"GUYS! Muka aku breakout teruk sob sob!"😭

Antara faktor yang mengakibatkan penularan bakteria; Cutibacterium acnes adalah:
  1. Hormon 🤔
  2. Stress ☑️
  3. Penggunaan acid diwajah (ya, sis voluntarily splash acid kat muka ohohohohhoh) 😅
  4. Usik jerawat (ni hobi ya, sebab 1st time muka break out macam Bepop) 👤
Siapa kenal Bepop tu memang power sebab tu komik zaman aku form 4! zaman layan LAWAK KAMPUS dan yang sewaktu dengannya.

Karakter Bepop Dalam Lawak Kampus... - Keith Lawak Kampus | Facebook
inilah bepop
Lawak Kampus: July 2013
asal aku lari topic ni?
  1. HORMON
    Aku memang sedia maklum pasal ni. Sejak aku awal 20-an memang hormon macam apa ntah. Paling susah bila pregnant. Aku tak tahu bila tarikh last period aku. Yang ni memang rutin la. Macam agak kerap jugalah aku missed period, lepas tu kerap jugalah PANIC 😂 Hormon yang stabil ni pun punca aku jerawat.
  2. STRESS
    Stress ni aku cuma boleh dapat bila aku bekerja. Aku kalau stress memang seketul dua berlonggok kat muka. Siapa tak stress kalau time kerja? Tapi stress aku lain macam, sebab banyak benda aku nak kena bedah and korek maklumat sebab masalah tak simpan properly. WIP, NEXT!
  3. FACE ACID
    Aku baru tahu pasal face acid ni circa 2018 tapi aku study dengan lebih mendalam lagi pada tahun lepas. Selama ni dalam mindset aku, kalau ada lubang tersumbat, kita basuh, sental sehingga kotoran keluar kan? Tapi salah tu, physical exfoliator tak bagus untuk kulit (ada few yang bagus, tapi untuk kulit orang berusia ni tak digalakkan.

    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml | HERMO Malaysia
    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml (MYR 72.00)

    Sebelum pakai product ni, aku boleh rasa kulit aku congested teruk. Tak nampak ada jerawat, tapi bila cuci muka berbiji biji muka aku dari dalam. Bila aku pakai je. POOF! Jadilah JERAWAT! SATU MUKA.

    Tak tahu nak bersyukur ke atau nak nangis. Tapi aku pilih nak meratap pemergian kulit aku yang bersih dulu. Sob sob.

    2 minggu MCO memang settlekan jerawat jela. Tapi bagus juga MCO ni, muka aku bebas make up. So, healing process pun senang. (yang ni pun tak surelah patut happy ke tak? #sisdilemma)
  4. USIK JERAWAT
    Ni kesilapan terbesar aku. Aku memandang remeh dengan BAKTERIA. Silap aku juga sebab paksa all the bump to come out. Bila kulit dah luka, lagi senanlah bakteria tu buat kerja. Suami aku dah pesan, jangan usik, jangan usik..tapi aku usik juga.Now rasakan!
Mana bukti muka aku berJERAWAT? Tak maulah share. Confidence level aku tahap kerak bumi dah ni. Segan nak tunjuk muka kat orang.

APA AKU BUAT UNTUK TREAT MUKA YANG PENUH PANCAROBA NI?

  1. Double cleansing.

    SIMPLE
     Hydrating Cleansing Oil 125ml (MYR 44.50)
    Pagi dan malam je aku buat, sebab muka tengah purging ni, dia punya minyak..tak boleh bawa bincang. Dah 5 hari straight aku buat double cleasing ni.

    1 - 3 days: sikit je keluar, kadang kadang takde langsung. Konon ingat muka suci lah tu.
    4 - 5 days: ambik kau! macam kampit gula bocor. bersepah, lagi lama aku massage, lagi banyak.

    FYI, aku follow tips dari instagram, ada orang tu dia ada hormonal acne, so dia buat double cleansing. And dia super addicted dengan double cleansing. Kadang kadang sampai 2 jam dia massage muka dia. (aku ditch 60 second rules untuk oil cleansing, sebab 60 second tak jalan!) Ada juga dia mention cara massage. Normally korang buat outward kan? Yang ni, cuba buka inward, but be careful around mata ya..nanti kedut jangan salahkan aku 😅

    Inilah hasilnya!

    macam pasir
    akhirnya tempat persembunyian kau terbongkar! ahahahaha

  2. Sabar
    ya tu je yang boleh kita buat untuk merawat kulit agar flawless. menahan diri dari memicit memerlukan perseverance yang tinggi. (sampai ke hari ini aku ingat ayat tu, sebab masa muda liat nak hafal, amekaw keluar test. gagap nak jawab!
Sekan.

x,
Tia.


Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post