Assalamualaikum semua!
Harap semua baik baik sahaja.
Hari ini aku nak share kenangan pergi ke Koh Lipe bersama keluarga kecil aku.
FYI, tempat ni aku pergi pada tahun 2018. Kedengaran sangat lama tapi memori tu segar bugar!
Susah nak aku lupakan.
KOH LIPE? KAT MANA TU?
Koh Lipe ni merupakan sebuah pulau yang terletak di Satun, Selatan Thailand.
ADA DIRECT FLIGHT TAK MACAM KRABI?
Takde. Sebab dia pulau yang kecil dan Masya-Allah cantik sangat!
MACAM MANA NAK PERGI SANA?
Kalau dari Malaysia, tak lain dah tak bukan..kau kena pergi ke LANGKAWI. Kenapa Langkawi? Sebab pulau tu dekat dengan Langkawi. Tapi takdelah kau boleh naik bot, dayung dayung dah sampai. Idokle gitu teman oi. Kau kena naik ferry.
1st thing yang kau kena buat before kau beli ticket flight / ferry ni semua, kau kena pastikan cuaca kat sana. Tak bestlah kalau kau pergi sana lepas tu musim hujan. Sia sia je nanti trip kau. Aku pergi bulan December. Kalau nak diikutkan, tu adalah peak season untuk pelancong melancong ke pulau pulau di Thailand.
"Koh Lipe High season is November to early May, booking your hotel & transportation in advance is recommended. Koh Lipe Peak season is December 15 until the end of February." -
2nd, kau kena carilah penginapan yang kau nak. Ada budget lebih kau pilih yang resort exclusive. Jangan risau, dia ada pilihan dari harga mahal nak mampus ke murah nak mati. Tapi ingat yang murah nak mati tu..takde penghawa dingin. Kau bayangkan resort kau tu mengadap pantai, pukul 2 petang kau balik bilik lepas tu..kau jadi ikan kering. Haha! Panas okay tepi pantai. kau duduk bawah pokok pun boleh rentung.
3rd barulah kau boleh beli siap siap ticket flight & ferry.
Okay part ni ikut suka hati koranglah nak drive ke apa..aku punya trip aku naik flight ke sana.Masa tu AirAsia murah sikit. So kenalah cari GRAB yang boleh hantar pukul 4 pagi pergi airport. Awalkan? Padahal flight aku pukul 7.50 pagi. Gigih. Masa tu anak aku no. 2 masih dekat kampung so kami bertiga je pergi jalan jalan. Takpelah korang yang lebih terer plan ni, boleh ikut style masing masing. Hehe.
FYI, jetty kat Langkawi ada dua. Dua dua ada ferry ke Koh Lipe. Tapi kita orang pilih..Jetty Point obviously. And kita orang naik ferry petang sebab dia ada dua kali sehari je, pagi dengan petang (kalau tak silap). Aku beli tiket online sebab risau tiket habis. Sebab tu 3 point utama yang aku highlight tadi tu korang kena follow. Yang ni aku naik
Tropical Charters
|
Harga dia pada aku berbaloi sebab naik ferry and tempoh perjalanan kesana adalah 2 jam. |
Okay jom tengok gambar trip aku ke sana:
|
Umar first trip naik flight! he's so excited! |
|
rindu kulit aku zaman ni. |
|
aku risau telinga anak aku berdesing, aku downloadkan PJ Mask kat hp dia lepas tu pakaikan headphone masa flight nak berlepas.Tapi time ni, memang flight hirup pikuk dengar budak melalak. |
|
gebunya Umar |
|
2 kali pergi Langkawi pun still tak habis tawaf lagi. Semoga ada rezeki pergi sini lagi. Nak chocolate!! |
|
Syurga peminat manisan! |
|
budak ni dah rambang mata |
|
seronok Umar jalan jalan kat Dataran Lang, Langkawi |
|
kau tengok dia dah cari tempat untuk dia posing |
|
pandai betul |
|
sebelum naik ferry kena beratur kat sini |
|
dalam masa satu hari umar experienced 2 benda baru, naik kapal terbang dan naik ferry |
|
nervouslah tu |
|
rupa ferry kat dalam ni, memang pening sikitlah. kau bayangkan naik bas express yang lama. |
|
almost 2 jam? aku tak ingat, yang pasti lama gila. aku hampir seasick. kita orang diarahkan naik ke platform untuk transfer ke boat yang lebih kecik. |
|
naik boat yang macam ni. tu dah nampak persisir pantai koh lipe! |
Lepas mendarat je, kami diarahkan ke imigresen kaunter untuk chop passport dan check bag.
Kena bayar few bath fees sebab Koh Lipe ni part of Tarutao National Marine Park.
Kami noob lagi masa ni, so nak pergi ke 'homestay' kami pun nak naik tuk tuk.
Mulanya tak berapa faham sangat, macam mana rumah dia. Ingatkan dua tingkat..rupanya macam chalet. Sangat bersih, selesa, lengkap dan easy access dekat Sunrise Beach and Pattaya Beach. Jalan kaki je.
|
Tak sah kalau pergi Thailand tak pergi 7-Eleven. Syurga makanan!! |
|
Plan asal nak quick lunch kat sini untuk alas perut. Who knows, makanan kemain lambat sampai.. |
|
elok sangat, pergi Thailand makan Indian food. hahaha |
|
Kau tahu, kita orang nak kejar sunset, kau tengok terik kan..time ni pukul 5. |
|
maafkan sepah, sebab pinggan dia comel sangat, nasi menggunung dan SEDAP |
|
Thank god he loves it! Dia ni cerewet sikit. |
Sebenarnya kita orang nak pergi tengok sunset. Pukul 6 macam tu, dah habis dah. Cepat gila sunset.
Tengoklah gambar kat bawah ni, macam mendung. Tapi tak...dia tak mendung, it just..sun dah set. hahaha
|
Sunrise Beach |
|
kau tengok air dia dalam macam mana.. |
|
Waktu ni aku macam seram pula tengok laut. Sebab dia tak sesuai untuk kami yang berenang tahap swimming pool je ni. |
Entry ini akan bersambung di hari yang lain. Mengantuk pula aku..hahahaha
Teaser:
|
Lawa teruk ni. |