Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, October 8, 2024

First time beli action camera - GoPro 13

Sehari sebelum bertolak ke Penang, aku mengada nak beli camera baru.
The only camera yang pernah aku ada, hantaran kahwin aku dulu Nikon D5100.


Aku kan hobi ikut mood. So lama betul aku peram kamera tu.
Guna pun time nak nak raya je haha 😵

Back to the story!

Time tu, seharian aku usha website AllIT. Tengok tengok pasal GoPro.
Padahal yang berminat nak membeli tu suami aku. Tapi aku join the vibe aje.

Tujuan asal suami aku nak record bila dia ride basikal. Bahaya duk pegang phone. 
Lama dia usha..aku pula tiba tiba gatal nak bawa camera. Sebab 1st time pergi drive ke Penang, nak ada memory yang best. 

Aku dah plan nak bawa DSLR, tapi suami aku cakap DSLR berat! 
Nanti baran leceh semualah dia cakap.
Lepas tu terfikri GoPro pun macam best, camera lawa..boleh sangktu sana sini..gitu!

Apalagi, malam tu juga aku dengan suami aku pergi IPC. (SEMANGAT WAJA!)

Singgah Harvey Norman dulu tengok stock action camera.
Tapi dorang macam takde new stock, tinggal display unit. Tu pun kat warehouse. (pulaaaa)
Aku nak pakai esok ni. #mengada

Suami aku cakap, jom tengok AllIT pula. Dekat je..dekat sangat..


Hah kau, GoPro13 dah ada! 
Baru sampai.. ngam ngam hari yang sama. 
Kami pun terus ONZZZZZZZZZZZ. Harga pun lebih kurang, tapi dapat yang the latest model 💓

Padahal, sebelum gerak ke IPC aku sempat cakap kat suami aku, beli jela GoPro 12 sebab 13 masuk 20 Sep camtu..
Sekali dah ada kat AllIT #peluhsejukgais
Akhirnya, kami pun bersetuju nak beli je kamera model terbaru ni..
Kamera ni selamat mendarat ditangan kami, Alhamdulillah.
Fresh from the OVEN.


Kalau rajin, kami akan share video unboxing ke apa ke..
Yang aku ingatlah..memang noob habis kami dengan GoPro ni. 
Sebab..? 
Tunggu dientri akan datang.. #tibaaaaaaaaaaaa


p/s: pening pening lalat masa nak membayar. Dia macam separa sedar "apa yang telah aku lakukan ini!!!" 

Sunday, May 10, 2020

Shopping | MCO Shopping haul (Episode 1)

Assalamualaikum & hi! ãƒ¾(^∇^)

Hari ini aku tergerak hati nak share my shopping haul. (〃▽〃)
Aku memang suka shopping. READ:  A F F O R D A B L E
But sometimes, aku beli and tak guna (bazir tu amalan syaitan)
Tapi aku rasa puas bila dapat beli something yang dah lama aku aim nak beli.
Cuma aku takde kesungguhan nak habiskan benda tu and tak sabar nak start new journey dengan product baru.

Kadang kadang aku boleh tahan..mahal tu, guna tu sampai habis. ╮(╯_╰)╭
Ada tu, aku memang lantaklah! (later aku akan tunjuk list item yang aku ada untuk tatapan umum)

Pada aku, online shopping tu selamat dan bahaya.
Selamat sebab aku akan keep on search the product, study kaw kaw dah puas, baru beli.
Maksudnya: aku nampak product tu on January 1st, tapi February 1st or March 1st baru aku beli (makan masa sikit)
Bahaya: aku confirm akan beli. |。・)

Kalau offline shopping, bahaya dan selamat.

Bahaya sebab aku akan ambil ambil ambil letak dalam shopping cart & saying, ni penting tu penting, ni nak guna tu nak guna. (guna 2 bulan akan datang, 3- 4 bulan akan datang) aku pernah beli 5 cleanser dalam satu masa. Guna untuk 5-7/8 bulan? hahaha.

Selamat sebab offline shopping perlukan energy untuk tawaf satu mall. Sebab maximum aku boleh lepak kat satu kedai 2-3 jam. Kaki letih. so apa yang aku jumpa tu aku beli. Yang lain tu, bye. Aku selalu shopping sampai mall dah gelap. Balik tu memang penat tak ingat dunia. Tak banyak pun boleh beli. Apa yang boleh carry je, sebab aku takde lesen, so travel guna grab je. Jenuh nak loan & unload barang dari Grab. (ni la selamatnya)

Hmmm, online / offline dua dua hanguskan poket aku. (´・_・`)

Enough with random info about me, now aku nak share barang yang aku beli sewaktu MCO:

  1. Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 
  2. Cosrx Acne Pimple Master Patch
  3. Cosrx Clear Fit Master Patch
  4. Royal Canin 85G Wet Kitten Pouch Wet Cat Food X 12 Pouches
  5. Royal Canin Kitten British Shorthair 2KG Dry Cat Food
  6. Display Port to HDMI Converter
  7. Universal Ph46 Rotating Car Mount Phone Number Stand Holder For Temporarily Parking
  8. Dr Pets (Cats Dogs Shampoo) Natural Germs Buster Perfumed Pet Shampoo
  9. Logitech M220 Silent Mouse (910-004885)

Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Aku dah lama nak beli. Lepas nampak ada satu account kat ig ni, hannahonearth kalau tak silap...dia review pasal product ni. Dia guna product ni je untuk treat acne kat muka dia and dia cakap, skin dia getting better. So aku jadi bersemangat nak cuba! Haha #sismudahterpengaruh. 

Tapi nak dapatkan harga mampu milik tu yang payah. Plus kena check free delivery offer. Jenuhlah bayar 9 barang with 9 delivery charges kan. Tu pasal online shopping ni time consuming sikit, ada je benda yang di compare. 

Order: 4 April 2020
Received: 10 April 2020

Now dah sebulan aku guna essence ni. Pada aku essence ni lagi cantik dipakai pada kulit yang memang dah bersih dari acne sebab dia ada glow effect. Muka tak berminyak, tapi glow tak menahan gais. Kalau rajin aku bust review pasal product ni ya. STAY TUNE!


Acne Pimple Master Patch
Sumber: cosrx.com
Clear Fit Master Patch
Sumber: cosrx.com


Aku tak berapa trust pada acne patch sebelum ni. Biras aku pun pernah cakap macam tak jalan je..so aku pun assumed tak jalan kut. But! Sejak MCO started and my hormonal acne getting worst + acne cream not available, aku berpaling kepada..ACNE PATCHES! & Benda ni jadi holy grail dalam menempuh peperangan menentang jerawatsssssss.

Oh ya, lately aku 100% beli from shopee sebab boleh dapat coins!

So aku pun search acne patch from SHOPEE. Dan nampak Cosrx ada promo. Not the offical mall, aku Ippuni kalau tak silap (sila klik link dia atas ya) Aku terus click to purchase dan tak perasan item #2 aku terklik 2 kali, so total patches yang aku beli 3 set! Aku lemah betul part tengok kat cart ni.

Aku pernah beli Etude Eybrow drawing guide sebanyak 3 unit, sebab lupa nak check masa check out. Nasib RM 10 satu, kalau RM 100, tak ke naya! (cuai nak mati)

Back to my story for Cosrx, nasib beli banyak! TAK CUKUP!!!

So for this month aku beli lagi 4 set! hohahihu. Aku sangat suka acne patch ni sebab dia macam magic! Kalau kau nampak jerawat kau macam dah ranum gitu, mesti nafsu nak ketis kasi mampus sama itu jerawat bergelodak dalam jiwa kau kan? SABAR! tampal acne patch dekat jerawat tu (selepas cuci muka, kasi kering, terus tampal patch - cont with your nightime routine) pada waktu malam sebelum tidur. Keesokan harinya. mana pimple pus yang nak letus tu? Patch ni will safely and clamly release the pus from the kantungnya. Lepas tu kau boleh protect the wound juga. And! kalau ada jerawat degil, yang nak tak mau insaf insaf. Kau tampal je, confirm dia tobat!

Aku dah jadi big fan product ni! SARANGHAEYO

Order: 4 April 2020
Received: 17 April 2020

#4 Royal Canin 85G Wet Kitten Pouch Wet Cat Food X 12 Pouches
#5 Royal Canin Kitten British Shorthair 2KG Dry Cat Food

https://www.royalcanin.com/my/cats/products/retail-products/kitten-gravy-wet

FBN2016_PACKSHOT_BRITISH SHORTHAIR_KITTEN
Sumber: royalcanin.com

Aku ada beli seekor British Shorthair yang bernama BangChan, nickname Chan, Channie, Chan Chan. 

Suami aku punya..aku co-parenting the cat je. Hehe. First time bela kucing baka ni, bila baca kena bagi makanan elok elok. Tu pasal tak berani bagi raw food. Husband aku particular sikit dengan diet anak no.3 dia ni. Ngam ngam nampak ada promo wet food ni aku beli terus 2 kotak.

Harga biasa RM 35-36 untuk tapi aku dapat dengan harga RM 29 je time to, happy! haha

Untuk kibble pula, 1st time try beli makanan ikut baka dia, last time beli kat vet. sebab dia macam undeweight..so doctor kasi makanan khas. Alhamdulillah now dah 3kg. (macam baby betul dah ni, main timbang timbang)

Order: 13 April 2020
Received: 20 April 2020

#6 Display Port to HDMI Converter
#7 Universal Ph46 Rotating Car Mount Phone Number Stand Holder For Temporarily Parking

Asalnya, barang #6 ni jadi essential untuk aku sebab cable aku dah rosak. So nak kerja guna multiple screen jadi rumit, asyik DC je. Haih. So niat asal beli untuk ganti, mana tahu spoil bula barang ni, nasib seller agree untuk bagi refund. Gamsahamnida

Item #2 tu impluse buying. Murah less than RM 2, berguna kalau nak parking bersepah in future. Hahahaha

Order: 4 April 2020
Received: 21 April 2020 (lama tu, sekali sampai tak boleh guna imsosad)


Box Packing Ori】Dr Pets (Cats Dogs) Natural Germs Buster Perfumed ...
Sumber: shopee.com

Husband aku sangat sayang Chan. Macam a therapeutical companion for him. Having a cat is soothing his mind during MCO ni. We are glad that he adopted Chan sebab memang betul betul menjadi la. Dia sangat cute dan dengar cakap. So manja to semua orang. 

During MCO tak cat spa ke apa ntah nama nya tak buka. So biasanya husband aku akan hantar ke Catzonia, ambil pakej paling best memang gebu gebas la Chan bila balik dari situ. So aku belikan shampoo for Chan! 

Bila nak guna, gelabah search wikiHow..cara cara nak mandikan kucing. Haha! Suprisingly, Chan suka kena mandi, cuma kena pantas la. And dia tak suka kena blow dry. Dia prefer air dry. Tak tahan dengan bunyi hair dryer kut..

Seller kat Shampoo ni pun super responsive. Aku nak try range lain pula lepas shampoo ni habis. (1L pula tu, mandi sebulan sekali je, hahaha)

Order: 13 April 2020
Received: 22 April 2020

#9 Logitech M220 Silent Mouse (910-004885)

M220 SILENT 1
Sumber: logitech.com

Yang ni memang dream gadget aku la! Murah je tapi silent teruk!!! Menyesal tak grab 2! 
Wajib beli ni untuk sesiapa yang cepat annoyed dengan clicking sound. This mouse super silent! 
Best gila. Office aku ada banyak mouse so aku boleh ambil mana mana kalau rosak. Cuma takde yang sesunyi ni. sob sob. Sis jeles!

Oh ni aku beli for my husband, mulanya dia eksyen..tak mau pakai mouse. Keyboard savvy gitu..lepas tu dia pakai mouse aku terus asyik pinjam je mouse aku. Leceh ni. Aku belikan satu. Hehe.

Now aku pula jeles. Best purchase ever! Wajib beli!!!

Order: 20 April 2020
Received: 24 April 2020

Panjang kemain entri kali ni. Letih pinggang den.
Selamat membaca & happy shopping!

Sekian.

x,
Tia.






Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post