Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, May 17, 2020

Review | Workin' Moms (MUST WATCH! NSFW)

Assalamualaikum & hi,

Mulanya aku segan segan nak mentioned aku tengok cerita ni.
Sebab dia banyak sex scene, mula mula tak ketara but after that pooooof! not safe untuk ditonton dikhalayak ramai ya kawan kawan.
Workin' Moms' Season 4 - Release Date, Cast, Plot, and More

Kenapa aku suka cerita ni? Well senang je jawapannya, IT IS RELATABLE.
I'm a working mom. We don't like to be judge, Siapa suka kena judge?
Kita work damn hard untuk anak anak.
But sometimes, benda tu backfire juga, like kurang bonding dengan anak sendiri sebab terlalu busy bekerja.

Workin Moms' Season 4 Coming to Netflix Worldwide in May 2020 ...

Minus the saucy sex scene, aku rasa cerita ni best sangat.

Start dari having kids.
Postpartum depression.
Breast milk.
Juggle between work and kids.
Supportive partner.
Handling kids curiosity
Having more kids
Premenopause
Kids getting bullied
Kids psychology
Kids performance
Reality with teenagers
Abortion
Vasectomy
Mental Health
Support Group
Sexism
Money
Mean Nanny
Etc.

Workin' Moms | Netflix Official Site

Dia menyeluruh sangat, sometimes aku rasa..yeah aku pun kena macam tu or mengalami benda macam tu. Sangat relatable. Well siapa tak pernah jadi kecik, remaja, or uni student? Bila fikir balik, ya tuhan, aku ni suka peningkan kepala mak aku masa remaja. Degil nak mati. Risau bila anak aku ikut perangai aku. Semoga dia ikut perangai abah dia yang baik je..hahaha

Workin' Moms Season 3 Offers Higher Stakes and More Laughs: How ...

Back to the drama..Aku takdelah workaholic macam Kate Foster tu, aku blur blur macam dia especially bab nak handle anak. Like, aku ada anak for 7 years, but my knowledge about kids mentah gila. Kawan aku yang ada anak 6 dengan 2,3 tahun lagi terer handle anak dari aku. I was like forever bertatih nak catch up pasal anak. Sob sob..

Workin' Moms - Wikipedia

Cerita ni juga ajar pasal friendship. Sangat bersyukur aku ada kawan kawan yang boleh jadi tempat curhat. Well sometimes, kita kena ada second opinion right?

Workin Moms Season 3 Premiere - What to expect - Asap Land

Sangat sangat suka cerita ni, dan aku tak sangka aku dah tengok 4 season straight! Tak sabat nak tunggu season 5 on 2021 :) Aku berharap sangat nothing change! Anne Carlson please stay.

Sekian.

x,
Tia

Friday, May 15, 2020

Review | Dilan 1990 (OMG! Must watch!)

Assalamualaikum & hi!

1st, bila kau tengok cerita Dilan 1990 ni, memang aku tak google la cerita ni pasal apa.
Fresh gitu, Netflix cakap new aku terus sauk!
Haha..like I said previously cerita ni macam ada vibe AADC.
Heroin dia cantik, hero dia unik haha not my type sebab he's mmmm kinda tak tinggi. but his attitude win! Dia sangat gentleman & mysterious.

Aku tengok si Milea ni, eh..macam muka Milly AADC. Tapi aku ignore kan dulu perasaan ingin tahu aku tu. Tonton sampai TAMMAT.
Banyak elemen hairan tapi mungkin normal for you all but strange to me. Like jumpa mak bf and then terus ada connection gitu.
Misteri sungguh.

Dilan dilakonkan oleh Iqbaal Ramadhan, manakala Milea dilakonkan oleh Vanesha Prescilla. (Nama macam kenalkan?) Yup yup dia adik kepada Sissy Prescilia - Milly AADC)

Family Dilan funny tapi macam tak simple. Entah aku rasa macam ada something yang dia tak cerita lagi like, mana bapa Dilan. And, mak dia macam okay je anak dia gangster sekolah. Confused aku. Sebab aku ada anak lelaki, and aku tak tahu macam mana nak handle anak yang gangster ni. Haha, fyi, adik aku ni pun macam Dilan sikit perangainya. So macam tengok cerita adik aku je. Cuma, adik aku ni lurus sikit hahahaha. Asal cerita sekolah, memang cerita bertumbuk penuh dalam koleksi memori dia. Belum lagi sembunyi kat ceiling. OMG, dunnolah tak tahu nak gelak ke nak geleng. But memory stay forever. Aku rasa benda ni funny. hahahaha. okay back to Dilan 1990.

Cerita ni punya plot, takde intro klimaks, ending, Dia forever naik. Sampai nak ending tu, aku rasa...oh mannnnnnnnn, dah habis..Baru nak tahu ada benda dramatic ke jadi lepas ni? Sebab mostly kalau love story kita tak nak cerita tu habis tergantung kan? Kita mesti nak dia..at least adalah hint happily ever after of kahwin sampai ada cucu etc. etc.

Gentle reminder ya, ni bukan cerita aksi..ini cinta monyet. Yang mana cerita ini digarap dengan penuh moment sweet. Aku tak rasa bosan at all. Macam cliche' tapi adalah sikit..Kita akan keep on rasa...lagi lagi...

Aku risau cerita ni jadi macam Koizora, anime jepun. Sedih nokharam cerita tu. Pun sama pasal budak bermasalah but super nice to his loved one. Tapi ending bf dia mati. (SPOILER!)
Wuuuuuu. Sedih sangat. Aku suka cerita macam ni, tapi aku tak suka bila writer sanggup matikan hero or heroin dia. just like that..sob sob.. (ehem - aku maksudkan cerita Koizora ya)

But aku suka bila dorang buat zaman tu persis like 1990. Semua old school habis, dari kereta, motor, dressup. etc etc. Nice! Pendek kata, lepas masak untuk buka, aku nak sambung Dilan 1991! hehe.

One thing yang aku suka pasal Dilan, dia ni ada pendirian. Macam ada scene tu cikgu yang saja trigger dia. Amek dia, kena tumbuk satu round dengan Dilan. Bukan Dilan tak sopan or hormat orang tua. Dilan ni ada pendirian. Kalau kau cakap baik aku cakap baik dengan kau. Kau kurang ajar aku kurang ajar dengan kau. And Dilan ni bukan mat kosong. Dia kuat baca buku and dia bukan budak yang simple.

Wajib tengok semua orang!
Cerita super ringan! Aku suka! Yay!!!

Dilan 1990 - G Renanda - Medium

Sekian.

x,
Tia

p/s: aku saja saja bagi review. kalau tak kenan, sorry.



Wednesday, April 15, 2020

Random | Slowly Falling by Ha Hyunsang


HiI saw you as you go
It's flashing light
It's flashing light
Is all with you
Accelerate through the light
It's slowing down in your eye
Ha ah ah ah
Ha ah ah
Nothing anew
Went through the night
It's gonna be a day
The night is on our way
And it is so far
It's slowy falling off
I'm holding it now
Before it's going away
And it is so hardIt's slowly falling off
Until the day of our life
I won't let go
I won't let go
Of you
Accelerate through the night
And rising up to the sky
Ha ah ah ah
Ha ah ah
Nothing anew
When we're in light
It's gonna be the silent
Night when your away
And it is so far
I'm slowy falling off
I'm holding it now
Before it's going
Away
And it is so hard
It's slowly falling off
Until the day of our life
I won't let go
I won't let go
Of you
Oh oh oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh ohoh
Oh oh
Oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh

Aku ulang lagu ni sampai Spotify recognise my pattern ahahaha.
Lagu ni best. Sesuai sangat dengan drama fav aku, 'A  Piece of Your Mind'
Seperti yang aku pernah share, drama ni memang best. (SUPER DUPER BEST!)
Please enjoy the show! Drama ni ada dekat TVN setiap hari Isnin & Selasa. 
Tapi aku dah lama takde Astro, so aku tengok online je. (maaf Jung Hae In, Chae Soo Bin)
Kalau masuk NETFLIX. confirm layan punya :)

Ok nak sambung buat kerja. 

x,
Tia.

Saturday, May 5, 2018

I'm glad he likes it.


First time try Happy Bunch. Tak sangka it turns out well. Risau juga kut kut bunga sampai lambat😅


Tak plan pun nak bagi satu, tiba tiba je rasa macam nak buat surprise untuk suami. Haha, kesian dia..semua orang tengok dia. Auditors pun sama.

Plus, minggu tu dia macam tak keruan. Dia terlalu stress dengan kerja

Mental kami sama, weng weng sikit. Tapi harap harap kami dua dapat overcome semua ni..amin

Malas nak tulis panjang panjang.

Sekian

X,
Tia

Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post