Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, October 8, 2024

PENANG 2024 (Part 1.)

It's happy to be back 🍭

This year, kami sekeluarga pergi Penang.
Mulanya nak naik flight, tapi istighfar kejap.
The last-minute ticket price was so expensive.😰

Demi menjaga keamanan poket kami laki bini, we decided to drive to Penang...
FOR THE FIRST TIME.
Mak tacod nak. Suami aku drive paling jauh pun pergi JB je. Itu pun kuyu kuyu aih mata..😨

Perasaan sis of courselah, gementar, stress & happy.
Sampai keluar pimple pimple stress. 😭

My preparations included:
  1. Entertainment anak anak
  2. Beli stok makan
  3. Beli baju anak anak.
  4. Hotel
Berbekalkan ingatan yang karat ni, aku try nak patch experience aku yang 10 tahun ke Penang. Tapi tulah, gagal gais. 
Aku tak boleh nak recall apa pun, except:

  • Georgetown
  • Batu Ferrighi
  • Bas FREE
  • Victoria Inn
  • Fort Cornwallis
  • Mee Sotong
  • Nasi Kandar Line Clear.
tu je. 😥

Memang time tu busy kerja bla bla..memang takde masa nak plan activity sangat. 
(but abah dorang kata boleh repeat..yay)

Ok, back to the main story!

Asalnya kami..ye ye je nak gerak awal. 
Masing masing semangat ni. 
Pukul 7 pagi gerak! fuh! impian tinggal memori...... pukul 12 tengah hari sharp baru gerak. 😬

Mana taknya sehari sebelum bertolak.
Aku, (ye salah aku) gatal nak beli GoPro. <- boleh klik link untuk baca kisah GoPro.

Balik je, buat video unboxing la, tengok view how-to gunalah, kemas bag gedebak gedebuk pukul 3 pagi baru siap. Itu pun aku siap kemas baju pukul 4 pagi. Tapi! akulah juga orang yang bangun paling awal. Haha..tu pun pot pet..bila nak siap ni..

Mujur yang drive suami aku, kalau aku..memang aku cancel dah..
Takde sabar sikit aku ni..Suami aku macam ignore aku punya bebel.
Sempat jugalah kami berhenti somewhere sebab the kids pergi letak makanan kat boot kereta. 😭 Mak korang lapar tau tak..keluarlah naga halilintar abracadabraaaaaaa. Cukup semua item baru suami aku boleh drive dengan tenang. Amin.

Macam yang aku mentioned tadi..antara item yang aku sibuk prepare adalah:

💠ENTERTAINMENT FOR THE BOYS~

Ceh cam gempak je, so! untuk preparation anak anak, perjalanan yang panjang ni of courselah kena make sure dorang ada bekalan internet, games & makanan. Mujur birthday Umar hari tu, dia request Nintendo Switch. Hahhhhhhhhhhhhh, mainlah game sampai lebam. 
 
Aku risau anak no.2 aku je tu. Dia jenis details. Setiap masa nanti dia cakap bored, lamanya..bla bla bla. Karang mak pak stress. 

Aku dah subscribekan Umar prepaid number haha..senang sikit dia nak main game ke share internet ke dengan Naell.

Masa aku beli Switch tu, aku lupa nak beli bag, sempatlah seminggu sebelum travel aku beli:
✅ Switch Travel Case
✅ Power Bank

And downloadkan games kat switch supaya dorang tak boring.

Risau aku kalau dorang bad mood ni, nanti monyok memanjang. Memang tak bagi peluang untuk dorang complain hahaha. #SediakanPayungSebelumHujan 😎
Eh, panjang nya entry aku ni. belum masuk day 1 ni haha

To be continued..

p/s: lama tak menulis blog. aku harap boleh isitiqomah macam zaman dulu kala. kut kut nanti bila aku dah takde ke apa, anak anak aku boleh baca. (hopefully google tak buang blog la 🤲)

x,
tia.




Sunday, April 5, 2020

Travel | Koh Lipe - Day 1 (Throwback)

Assalamualaikum semua! 
Harap semua baik baik sahaja. 
Hari ini aku nak share kenangan pergi ke Koh Lipe bersama keluarga kecil aku.
FYI, tempat ni aku pergi pada tahun 2018. Kedengaran sangat lama tapi memori tu segar bugar! 
Susah nak aku lupakan.

KOH LIPE? KAT MANA TU?

Koh Lipe ni merupakan sebuah pulau yang terletak di Satun, Selatan Thailand.

ADA DIRECT FLIGHT TAK MACAM KRABI?

Takde. Sebab dia pulau yang kecil dan Masya-Allah cantik sangat! 

MACAM MANA NAK PERGI SANA?

Kalau dari Malaysia, tak lain dah tak bukan..kau kena pergi ke LANGKAWI. Kenapa Langkawi? Sebab pulau tu dekat dengan Langkawi. Tapi takdelah kau boleh naik bot, dayung dayung dah sampai. Idokle gitu teman oi. Kau kena naik ferry. 

1st thing yang kau kena buat before kau beli ticket flight / ferry ni semua, kau kena pastikan cuaca kat sana. Tak bestlah kalau kau pergi sana lepas tu musim hujan. Sia sia je nanti trip kau. Aku pergi bulan December. Kalau nak diikutkan, tu adalah peak season untuk pelancong melancong ke pulau pulau di Thailand.

"Koh Lipe High season is November to early May, booking your hotel & transportation in advance is recommended. Koh Lipe Peak season is December 15 until the end of February." - 

Ultimate Guide to Koh Lipe, Thailand | 2020 Edition


2nd, kau kena carilah penginapan yang kau nak. Ada budget lebih kau pilih yang resort exclusive. Jangan risau, dia ada pilihan dari harga mahal nak mampus ke murah nak mati. Tapi ingat yang murah nak mati tu..takde penghawa dingin. Kau bayangkan resort kau tu mengadap pantai, pukul 2 petang kau balik bilik lepas tu..kau jadi ikan kering. Haha! Panas okay tepi pantai. kau duduk bawah pokok pun boleh rentung.

3rd barulah kau boleh beli siap siap ticket flight & ferry.
Okay part ni ikut suka hati koranglah nak drive ke apa..aku punya trip aku naik flight ke sana.Masa tu AirAsia murah sikit. So kenalah cari GRAB yang boleh hantar pukul 4 pagi pergi airport. Awalkan? Padahal flight aku pukul 7.50 pagi. Gigih. Masa tu anak aku no. 2 masih dekat kampung so kami bertiga je pergi jalan jalan. Takpelah korang yang lebih terer plan ni, boleh ikut style masing masing. Hehe.

Map of jetty in langkawi
FYI, jetty kat Langkawi ada dua. Dua dua ada ferry ke Koh Lipe. Tapi kita orang pilih..Jetty Point obviously. And kita orang naik ferry petang sebab dia ada dua kali sehari je, pagi dengan petang (kalau tak silap). Aku beli tiket online sebab risau tiket habis. Sebab tu 3 point utama yang aku highlight tadi tu korang kena follow. Yang ni aku naik Tropical Charters 

Harga dia pada aku berbaloi sebab naik ferry and tempoh perjalanan kesana adalah 2 jam.

Okay jom tengok gambar trip aku ke sana:

Umar first trip naik flight! he's so excited!



rindu kulit aku zaman ni.

aku risau telinga anak aku berdesing, aku downloadkan PJ Mask kat hp dia lepas tu pakaikan headphone masa flight nak berlepas.Tapi time ni, memang flight hirup pikuk dengar budak melalak.

gebunya Umar


2 kali pergi Langkawi pun still tak habis tawaf lagi. Semoga ada rezeki pergi sini lagi. Nak chocolate!!

Syurga peminat manisan!
budak ni dah rambang mata
seronok Umar jalan jalan kat Dataran Lang, Langkawi
kau tengok dia dah cari tempat untuk dia posing
pandai betul
sebelum naik ferry kena beratur kat sini 
dalam masa satu hari umar experienced 2 benda baru, naik kapal terbang dan naik ferry
nervouslah tu
rupa ferry kat dalam ni, memang pening sikitlah. kau bayangkan naik bas express yang lama. 
almost 2 jam? aku tak ingat, yang pasti lama gila. aku hampir seasick. kita orang diarahkan naik ke platform untuk transfer ke boat yang lebih kecik. 
naik boat yang macam ni. tu dah nampak persisir pantai koh lipe!

Lepas mendarat je, kami diarahkan ke imigresen kaunter untuk chop passport dan check bag.
Kena bayar few bath fees sebab Koh Lipe ni part of Tarutao National Marine Park.

Kami noob lagi masa ni, so nak pergi ke 'homestay' kami pun nak naik tuk tuk. 

Mulanya tak berapa faham sangat, macam mana rumah dia. Ingatkan dua tingkat..rupanya macam chalet. Sangat bersih, selesa, lengkap dan easy access dekat Sunrise Beach and Pattaya Beach. Jalan kaki je.



Tak sah kalau pergi Thailand tak pergi 7-Eleven. Syurga makanan!!
Plan asal nak quick lunch kat sini untuk alas perut. Who knows, makanan kemain lambat sampai..
elok sangat, pergi Thailand makan Indian food. hahaha

Kau tahu, kita orang nak kejar sunset, kau tengok terik kan..time ni pukul 5.

maafkan sepah, sebab pinggan dia comel sangat, nasi menggunung dan SEDAP

Thank god he loves it! Dia ni cerewet sikit.
Sebenarnya kita orang nak pergi tengok sunset. Pukul 6 macam tu, dah habis dah. Cepat gila sunset.
Tengoklah gambar kat bawah ni, macam mendung. Tapi tak...dia tak mendung, it just..sun dah set. hahaha

Sunrise Beach
kau tengok air dia dalam macam mana..
Waktu ni aku macam seram pula tengok laut. Sebab dia tak sesuai untuk kami yang berenang tahap swimming pool je ni.
Entry ini akan bersambung di hari yang lain. Mengantuk pula aku..hahahaha

Teaser:
Lawa teruk ni.


Sekian.

x,
Tia.

Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post