Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Saturday, September 12, 2020

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi! 

Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi. 

FYI, video ni takde kena mengena dengan menyusukan bayi. Just a random video pasal mak dan anak aku. 

Kut ye pun korang kena kuarantine, janganlah otak rosak sekali. Video ni jeke korang nak bagi 1juta view? Video lain tak nak? Boleh aku jana income hasil youtube. 

Hairan sungguh! Ramai pula tu yang subscribe. Dahlah account aku layu layu je. 1400 orang subscribe!
Lepas tu video ni je yang dorang suka. Aigoooo. Hairan sistur. 

Aku ingat dah takde orang tengok, sekali aku check amek kau! 1 juta.

Semoga kita tengokk video yang elok elok je dekat YouTube ya. Video masak pun best juga tu..

Sekian.

x,
Tia

Friday, May 15, 2020

#NowWatching | OMG! Macam best je Dilan 1990

Assalamualaikum & hi!

Hari ini aku work from home as usual. 
Aku pun gatal gatal work sambil tonton netflix.
Kalau kat office boleh borak borak dengan kawan. 
Kat rumah, ni jela tempat release stress & I'm glad sebab subscribe Netflix.
Sangat sangat membantu.

Aku nampak cerita ni dah release, aku main letak je kat ruangan 'my list'.
Not bad, ala ala AADC but different.
Totally different (I guess)
Nama cerita ni DILAN 1990 (it reminds me of reply series) hehehe

Ehem, this is not a post about movie review,
Not yet, aku baru 5 minit kok nonton movie ni.
Sabar dong..

That's all for today.
Work work work.

Dilan 1990' Cheesiness all around - Sat, January 27 2018 - The ...
anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?

Sekian.

x,
Tia

p/s: next week raya. 1st time in my life, raya tak macam raya. jimat raya and sad raya. but the most important thing is. selamat sihat raya.

Thursday, April 2, 2020

Random & Berkurung Day 16 | GRIT & GRIME

Assalamualaikum semua,

Nak dramatik sikitlah..

"GUYS! Muka aku breakout teruk sob sob!"😭

Antara faktor yang mengakibatkan penularan bakteria; Cutibacterium acnes adalah:
  1. Hormon πŸ€”
  2. Stress ☑️
  3. Penggunaan acid diwajah (ya, sis voluntarily splash acid kat muka ohohohohhoh) πŸ˜…
  4. Usik jerawat (ni hobi ya, sebab 1st time muka break out macam Bepop) πŸ‘€
Siapa kenal Bepop tu memang power sebab tu komik zaman aku form 4! zaman layan LAWAK KAMPUS dan yang sewaktu dengannya.

Karakter Bepop Dalam Lawak Kampus... - Keith Lawak Kampus | Facebook
inilah bepop
Lawak Kampus: July 2013
asal aku lari topic ni?
  1. HORMON
    Aku memang sedia maklum pasal ni. Sejak aku awal 20-an memang hormon macam apa ntah. Paling susah bila pregnant. Aku tak tahu bila tarikh last period aku. Yang ni memang rutin la. Macam agak kerap jugalah aku missed period, lepas tu kerap jugalah PANIC πŸ˜‚ Hormon yang stabil ni pun punca aku jerawat.
  2. STRESS
    Stress ni aku cuma boleh dapat bila aku bekerja. Aku kalau stress memang seketul dua berlonggok kat muka. Siapa tak stress kalau time kerja? Tapi stress aku lain macam, sebab banyak benda aku nak kena bedah and korek maklumat sebab masalah tak simpan properly. WIP, NEXT!
  3. FACE ACID
    Aku baru tahu pasal face acid ni circa 2018 tapi aku study dengan lebih mendalam lagi pada tahun lepas. Selama ni dalam mindset aku, kalau ada lubang tersumbat, kita basuh, sental sehingga kotoran keluar kan? Tapi salah tu, physical exfoliator tak bagus untuk kulit (ada few yang bagus, tapi untuk kulit orang berusia ni tak digalakkan.

    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml | HERMO Malaysia
    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml (MYR 72.00)

    Sebelum pakai product ni, aku boleh rasa kulit aku congested teruk. Tak nampak ada jerawat, tapi bila cuci muka berbiji biji muka aku dari dalam. Bila aku pakai je. POOF! Jadilah JERAWAT! SATU MUKA.

    Tak tahu nak bersyukur ke atau nak nangis. Tapi aku pilih nak meratap pemergian kulit aku yang bersih dulu. Sob sob.

    2 minggu MCO memang settlekan jerawat jela. Tapi bagus juga MCO ni, muka aku bebas make up. So, healing process pun senang. (yang ni pun tak surelah patut happy ke tak? #sisdilemma)
  4. USIK JERAWAT
    Ni kesilapan terbesar aku. Aku memandang remeh dengan BAKTERIA. Silap aku juga sebab paksa all the bump to come out. Bila kulit dah luka, lagi senanlah bakteria tu buat kerja. Suami aku dah pesan, jangan usik, jangan usik..tapi aku usik juga.Now rasakan!
Mana bukti muka aku berJERAWAT? Tak maulah share. Confidence level aku tahap kerak bumi dah ni. Segan nak tunjuk muka kat orang.

APA AKU BUAT UNTUK TREAT MUKA YANG PENUH PANCAROBA NI?

  1. Double cleansing.

    SIMPLE
     Hydrating Cleansing Oil 125ml (MYR 44.50)
    Pagi dan malam je aku buat, sebab muka tengah purging ni, dia punya minyak..tak boleh bawa bincang. Dah 5 hari straight aku buat double cleasing ni.

    1 - 3 days: sikit je keluar, kadang kadang takde langsung. Konon ingat muka suci lah tu.
    4 - 5 days: ambik kau! macam kampit gula bocor. bersepah, lagi lama aku massage, lagi banyak.

    FYI, aku follow tips dari instagram, ada orang tu dia ada hormonal acne, so dia buat double cleansing. And dia super addicted dengan double cleansing. Kadang kadang sampai 2 jam dia massage muka dia. (aku ditch 60 second rules untuk oil cleansing, sebab 60 second tak jalan!) Ada juga dia mention cara massage. Normally korang buat outward kan? Yang ni, cuba buka inward, but be careful around mata ya..nanti kedut jangan salahkan aku πŸ˜…

    Inilah hasilnya!

    macam pasir
    akhirnya tempat persembunyian kau terbongkar! ahahahaha

  2. Sabar
    ya tu je yang boleh kita buat untuk merawat kulit agar flawless. menahan diri dari memicit memerlukan perseverance yang tinggi. (sampai ke hari ini aku ingat ayat tu, sebab masa muda liat nak hafal, amekaw keluar test. gagap nak jawab!
Sekan.

x,
Tia.


Friday, March 20, 2020

Random & Berkurung Day 3 | Psycho - Red Velvet


Random untuk hari ini. 
Tak sangka lagu ni best. Haha

Yay, hari ini hari Jumaat.
Macam kerja kat office, hari Jumaat hari yang paling best untuk kita bersuka ria.
Kalau boleh tak nak penat penat.
Relax je. 

Tak productive kan. 
Tapi demi hari minggu yang best (walaupun hidup berkurung - fyi, hari ini day-3 berkurung dalam rumah)

Tadi nak focus buat kerja, sekali toleh ke kanan (tingkap, berdebu gila)
Terus ambil kain, aku basahkan lepas tu GG gais.
Kelabu tingkap.
Dalam aku nak struggle tu, laki aku macam rimas tengok aku
Dia yang continue. hahahaha

Okay nak sambung buat kerja. 
Happy working guys!

x,
Tia.

Thursday, February 14, 2019

RANDOM | Annoyed

Aku dah taip panjang lebar dekat dua apps:
Blogger Apps &  Blogaway.

Bengan betul bila entri hilang begitu je.

STRESS.


Wednesday, November 7, 2018

Hello November.


Assalamualaikum,

Lama betul aku peram semua post aku yang penuh dengan kenangan. Zaman semangat nak publish entri kat blog ni semakin pupus. Makin hari makin malas πŸ˜…

Tia, rajin sikit please! Konon nak buat product review. Akhirnya sepi je, sampai product pun dah habis. Haha!πŸ˜‚

Product Review
Aku harap aku dapat siapkan product review. Aku seronok baca review. Sebelum beli apa apa aku akan cari honest review. Compare semua article. Pastu baru beli. ⚠️

Carousell(?)
Patut ke aku start buat review pasal Carousell? Aku banyak beli used makeup. Sometimes, orang tu tak guna langsung. Especially liquid foundation, paling best bila dapat brand yang rare. Nak beli pun kena check sebab brand yang common kat market ada banyak barang tiruan berhati hati semasa membeli ya?πŸ€“

Akhir kata, aku berharap sangat semangat menulis aku masih ada. Aku teringin juga nak menyumbang article yang bermanfaat macam resepi & etc.

Sampai kita ketemu lagi,
Daaaaaaaaaaaa. πŸ‘‹

Sedang kemaruk pakai mask
xoxo,
Tia.

Wednesday, February 7, 2018

3 SERIES

Macam tak percaya, umur menginjak ke angka TIGA PULUH.
Ya, TIGA PULUH bukan umur 20-an dah. Sudah masuk 30-an.

Syukur kehadrat ilahi kerana menganugerahi aku dengan pasangan yang baik (baik ke?), mak dan adik beradik pun sihat walafiat. Anak yang cerdik, bijak pandai (doa doa doa) dan comel.

Bersukur sangat.

Terima kasih, Allah sebab bagi peluang untuk aku menikmati semua ni.

Sesungguhnya aku bersyukur.

P/s: ok, nak sambung buat kerja. BE POSITIVE!

Saturday, May 20, 2017

Puasa ganti

HAH!

Dah ganti puasa belum? Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi nak menjelma.

Er, aku macam biasalah, baru nak ganti. tapi dah nak habis ok? Aku rasa hari ini last sebab few months ago, aku ada ganti puasa. 3 hari. Plan asal nak buat seminggu straight tapi entah kenapa, gigi sakit yang amat. Terpaksa aku stop kejap & cabut gigi. (malas nak buat root canal, cabut jela, sakit pun sekali je walaupun gongak)

Ngam ngam belum datang bulan, jangan dibazirkan waktu (ye dok?)

Dapatlah ganti hutang yang tersisa. Tapi, esok, sekolah anak aku buat hari sukan pula. Wa, dahlah tengah monsoon ni. Kalau sempat, nak juga aku vlog. Hehe, sekali sekali kan? Dah besar dah anak bujang aku yang seorang ni.

Aku tadi usha reading list kat blog ni, aku tengok dalam banyak banyak blog yang aku follow, blog bai ling yang sangat berdisiplin mem-blog. Aku follow since 2011, aku tengok almost everyday dia update blog. Sangat kagum. Walaupun, banyak dia post tak pakai baju, tapi aku rasa usaha tu dah ada.

Bagus betul, buat aku inspired untuk menulis sesuatu yang anak anak aku boleh baca. Barulah dia orang boleh baca mak dia orang macam mana. (kalau dia orang berminatlah =.=')

Okaylah, aku tengah fikir nak buat apa untuk bazirkan waktu ni. (fyi,abah budak ni tengah main PS, so kami sebenarnya tengah rebut internet, almaklumlah Unifi kan linenya macam harammmmmmmmmmm)

x,
tia

Wednesday, May 17, 2017

Monday, November 21, 2016

Kerat rambut kasi pendek!

Sejak aku dalam pantang aku dah cakap dengan mak aku (manja konon);

"Along rimas la rambut panjang ni"
"Tak boleh, orang pantang tak boleh gunting rambut"
"M,K,Fineeeee" Tipu, aku tak cakap macam tu, cuma terkulat kulat je.

Selang tujuh bulan anak aku (Naell) dilahirkan, suami aku pun memberontak dengan panasnya, tapi bercakap dengan nada ayu dan sopan, "yang, jom buat treatment?"

TBH, aku memang dah rimas tahap godzilla dengan rambut panjang mak lampir ni.
Apa lagi immediately aku cari gambar style pixie cut.

source: google
Cantik! Lagi satu, kalau rambut pendek, rambut akan kering dengan cepatnya tanpa perlu diblow oleh hair dryer.

Lepas tu aku teringat heroin cerita Once Upon a Time, Ginnifer Goodwin..Bila stylist tanya aku, kenapa nak potong pendek? Aku cakap aku pemalas, pendek senang, geleng kepala stylist lemah gemalai tapi cute tu.

Image result for ginnifer goodwin hair
source: google
Selepas potong, suami aku suka betul, mula dia tak kenan, sebab dia suka perempuan ayu rambut mengurai, maybe since dia tahu bini dia punya rambut gugur mmacam apa..dia pun suka...πŸ˜…

Bila dia asyik duk puji je, aku terus pandang dia & berkata..

"B, ni suka pengkid ke?" Terbahak bahak dia ketawa. πŸ˜‚πŸ’

Itu sahajalah cerita aku, sementara tunggu bos aku siap guna MYOB. πŸ˜€

x,
tia.


Monday, September 5, 2016

Pregnant ke?

Bila period lewat, kita mesti panic.
Bila kita ingat balik. "Takkanlah.."

Lama fikir.
Lama soal balik.
Lama throwback mana silapnya.

Ehem, my cycle is on track and I'm just overreacting. πŸ™Š

Chill, everybody. #CLUE kan ada 😎


and once again, in apps #CLUE we trust. Aku dah lama guna apps Clue ni, dia sangat simple and senang nak track. User Interface (UI) dia sangat simple, pendek kata benda wajib install bagi seorang perempuan. Unless korang sangat expert mengira cycle sendiri. (aku tak retiπŸ™Š).



Ni apps favourite aku, korang punya yang mana satu? (Sharing is caring)

x,
tia

Tuesday, August 23, 2016

Whaddup JB?

Memandangkan minggu lepas mak budak beranak 2 ni macam dah mental,
Abah kepada dua manusia bulat ini mencadangkan short vacation untuk kami anak beranak.

Dia kata jom overseas? Aku cakap lecehlah, nak kena renew passport lagi..tiket hotel..nanti stress je lebih.

Dia cakap Aquaria? - hurm menarik juga tapi letihlah jalan jalan dalam KL, nak luar KL..banyak entertainment dan boleh belanja Umar sekali.

TAMAN TEMA.

Genting belum buka lagi, terfikir, EH! Dulu Muna asyik pelawa pergi Legoland.. Yay LEGOLAND.

Last kita orang pergi JB semasa mak Madiha a.k.a 'Aqilah kahwin. Lepas tu dah tak pergi dah. Jauh. Aku takde lesen lagi so, pedih sikit la bontot suami aku kena drive seorang diri. (aku nak drive dia tak bagi - KEDEKUT)

Oleh itu, sempena ulang tahun yang ke-3, Umar Mirza, jom kita dekatkan diri dengan kerajaan negeri 01 a.k.a Johor.

Bak kata pepatah, " seperti sireh pulang ke ganggang" - amboi puitis sangat.

Hotel & tiket dah book, tinggal nak make sure hari Jumaat nanti perjalanan kami berjalan dengan lancar. Rasa sedih pula tak bawa Naell. Naell next year eh? Kita pergi Genting :)

Adik aku cakap dekat Johor dah ada banyak taman tema seperti Hello Kitty, Angry Bird, siap ada Ice Skating rink..murah je...tapi, Royale Ice Skating Rink sebelah rumah je kita orang je ni, tak pergi pergi.. =.='

Eh, BTW, aku bukan paksa suami aku pergi JB tau, aku punya sweet escape plan for this weekend lagi mencabar, tapi suami aku kata nanti aku stress. urghhhhhh. Aku suggest naik kereta api ke padang besar. Bila suami aku tanya untuk apa? Aku reply, saja, pastu pusing balik ke KL. ha ha ha , kereta api kita bukan Shinkansen ya tia oi!

Okay bye.

x,
tia

p/s: Sorry Umar, takde cake for your actual birthday celebration. love you.

Monday, August 22, 2016

Burst baby burst.

Hari ini/Tadi,

Ngam ngam nak tiba traffic light sebelah Ikano,
tayar mula buat hal. 

Hal yang aku paling berangin kalah effect ditampal koyok atau disapu ammeltz yoko yoko.

Chill, kata aku - tapi aku tak mampu menunggu.
Aku terus google google.
Terus aku suruh suami aku call

Fuh, lega orang ni respond. Tapi, dia tak cover PJ, dia bagi contact in-charge untuk kawasan PJ.
Syukur sangat. Respond pun memuaskan.

Bro tu datang dalam 20 min macam tu, sedap jugalah nyamuk ratah darah obesiti aku ni, 
Tergaru gatu kalah si monkey - bak kata Umar. (aku menambah rasa tahap dewa ni)

menanti menanti menanti
Bro ni datang dari Sunway ke Mutiara Damansara. Gulp, jauhnya bro. Terima kasih kerana sudi membantu kami yang macam binjiala tersadai disebelah kawasan pembinaan MRT. Ala sebenarnya belakang kita orang Ikano/Ikea tapi, motor dah leper habis nak seret pun tak larat. Terima kasih, Bro!
Suami sedang buat senaman squat untuk memejalkan otot bontot. #LOL
Inilah tenggiling comel dan manja kami. Nak tukar baru tapi hari tu dia behave. Lepas ni ikut budi bicaralah, suami sayang teruk dekat tenggiling lejen ni.

Tiba-tiba aku teringat, OLA BOLA;
Kita menang sama-sama,
Kita kalah pun sama-sama..

Maaflah suamiku, your wife ni mental sikit. Sedang cuba perbaiki our teamwork dan understanding sambil dengar lagu Sucker for pain





Ok, lah nak tidur.
Bye.

x,
tia

p/s: tipu, aku nak baca komik lepas tu tidur.

Saturday, August 20, 2016

Malaysia Boleh!

Takpe, kita boleh usaha lagi.
Malaysia boleh 👍

Bersemangat aku nak bersukan.
Semoga aku punya semangat berterusan (amin!)

Okaylah, takde benda nak tulis walaupun aku nak diri aku menulis setiap hari. Gomene~🙇

x,
tia.

Friday, August 19, 2016

Kelentong


Aku mendapati menyanyi dengan sempurna amat memenatkan. Lebih lebih lagi bila kita takde talent =='

Aneh aneh je mak budak ni kan? Nak dijadikan cerita, aku kena kelentong dengan budak darjah enam.

Sabar jela.

Nak dijadikan cerita, aku nampak sepupu darjah enam aku ni. asyik sangat nyanyi seorang diri. Mengalahkan nak audition AF gitu. Aku pun install-lah apps ni. Lepas tu, dia suruh aku nyanyi dulu. Aku pun nyanyilah. Ngam ngam pula kalau nak nyanyi duet kena invite 5-6 orang macam tu. MUJUR! sepupu aku yang lain main benda alah ni. NASIB baik aku tak ikut seperti yang disuggest sepupu darjah enam ni; invite abah dia. PERGH, Nasib baik time tu, aku dah bijak. Selesai je berangan aku pun tunggu punya tunggu punya tunggu. Dari sebelum puasa sampai habis raya. 

Macam tulah aku kena kelentong.

Sekian.

x,
tia

Thursday, August 18, 2016

Sebab.

Aku kembali berblog sebab aku rasa aku sangat tertekan.
(Sedang aku menaip, suami aku berkata "hah main blog? so 2005" - ah shadaplah yu husband.

Aku dah cuba pelbagai cara dengan mengalihkan perhatian.
Masih tidak berjaya.

Suami aku kata, dia nampak aku macam dia nampak diri dia semasa bekerja di RSD. (company lama kami)

Perasaan yang macam nak meletupnya, melampau lampau. Well, apa yang aku buat sekarang ni, baru 1% dari apa suami aku buat. Plus, I'm not good with numbers. Tapi rezeki kut, dapat kerja main duit. Padahal paper fundamentals of business accounting aku hampir kelaut.

Aku tak tahu sama ada aku exaggerate atau tidak. Yelah, ramai lagi kerja lagi stress..tapi mereka masih boleh kawal.

Tapi aku....dah.rasa.macam.nak.mati.

mati.
mati.
mati.
mati.
mati.
mati.

Dengan pantasnya aku update profile jobstreet yang sudak setahun tak berupdate. Mungkin environment tempat kerja yang sekarang sangat dull? mungkin? Aku tak sure kenapa macam takde chemistry antara aku dengan company sekarang. Fikiran aku sangat messy.

To be honest, aku belajar banyak dekat company sekarang. Especially pasal IT dan accounting software. Seronok belajar. Seronok tahu gadget gadget canggih. Tapi, tak seronok bila kena hadap kusut masai kerja.

Terlalu kusut. Aku dahlah ada masalah suka buat kerja A-Z. Macam OCD tau. Kalau aku susun A-Z mesti follow. Aku boleh jadi dungu bila orang kacau. Haih, aku tak tahulah.

Aku belum nekad nak resign. Bos baru akan masuk early of November. Tengoklah macam mana. Hopefully otak serabut aku makin berkurang. Aku tak rasa kerja aku susah. Senang je...mungkin semangat tengah lemah tahap....

Atau, cari je kerja lain?

x,
tia

p/s: move on.

Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post