Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Resepi | Kacang Panggang Microwave

Assalamualaikum dan hi!

Aku memang tak reti goreng kacang.
Asal goreng je, jadi hitam, tak pun tak garing.
Frust sungguh!

hahahahaha.

So memandangkan hari ini aku teringin nak buat apam balik (cita cita menggunung bai)
So aku pun start google boleh ke panggang kacang guna microwave.
Jawapannya BOLEH!

Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk kacang


Cara-caranya:

  1. Basuh kacang dengan air
  2. Tos
  3. Masukkan kedalam microwave (gelombang ketuhar), set high heat for 5 minutes. 
  4. Bila dah siap, tunggu sejuk.
  5. Lepas tu boleh check nak rangup mana.
  6. Siap!


Mudahkan :)

Selamat mencuba dan jom kita cari jalan untuk cari shortcut! hehehehe

Sekian.

x,
Tia



Tuesday, April 14, 2020

Resepi | Poori Senang!

Assalamualaikum semua!

Semoga hari ini kita tetap ceria. Walaupun berkurung didalam rumah, dengan anak, kerja etc. etc.
Tak bazirkan masa! Aku nak share satu recipe mudah, resepi orang India: POORI.

maaf kualiti gambar tak menawan.

Resepi Poori Senang by Chitra's Food Book (improvise)

Bahan Bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar butter / margarine / ghee
  • 2/8 air sejuk (jangan risau part ni, just masukkan air sedikit sampai doh tak melekat)
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam


Cara Caranya:
  1. Gaul semua bahan sampai tak melekat.
  2. Lepas tu rehatkan 5 minit.
  3. Buat adunan macam bebola kecil.
  4. Prepare papan dan penggelek.
  5. Balut bebola doh tadi dengan tepung and leperkan 
  6. Panaskan minyak dalam kuali
  7. Siap untuk di goreng.
  8. Tekan sikit bahagian tengah and then hold bahagian tepi.
  9. Toskan dengan tisu dapur.
  10. Siap!

Sekian.

x,
Tia.

Wednesday, April 8, 2020

Resepi | Donut Gebu Azlina Ina (FB)

Assalamualaikum semua!

Hari ini aku nak share resepi paling dahsyat, sekali buat confirm gebu by Baking Guru Azlina Ina!
Bukan aku main try je resepi dia ni, aku tengok kawan uni aku, Hawa buat kuih ni, terus aku DM tanya pada dia.."nak resepi...." tak malu betul aku ni. Nak nak kalau nampak makanan yang manis manis. hehe.


Aku tak perasan Hawa mention perkataan 'lagi sedap dari previous recipe'. Phone aku tengah caj, and suddenly aku (semalam) teringin nak makan donut. Aku pun google-lah..



tapi gais, bukan yang ni ya..tapi kat bawah ni 
↓↓↓↓↓↓↓↓↓
sumber: Azlina Ina FB

Resepi dia mudah sangat!
Lagi mudah kalau ikut step yang aku provide kat bawah sediakan bahan A,B,C,D,E.
Bahan A 
1 cawan air
2 sudu besar tepung gandum

(p/s: ni adalah pelembut doh)

Cara Penyediaan:
Masukkan 1 cawan air dan 2 sudu besar tepung gandum.
Kacau sampai sebati
Masak dalam kuali senang sikit.
Masak sampai likat.
Tutup api dan sejukkan bahan A

Bahan B
1 pek yis kering
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin/butter/minyak
1/2 cawan air suam

(p/s: jangan air panas, nanti yis jadi arwah!)

Cara Penyediaan
Masukkan semua bahan
Tunggu sampai berbuih

Bahan C
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung 
secubit garam

(p/s: aku bubuh susu tepung Naell ahahahahaha)

Cara Penyediaan:
Campurkan tepung, susu dan garam dalam bekas yang besar

Bahan D
1 biji telur ayam
1/4 air sejuk

Bahan E
Gula kastor

Now dah boleh mix!

1. Lapangkan Bahan C, buat ruang untuk mix bahan A,B,D
2. Masukkan 2 sudu besar BAHAN A 
3. Masukkan campuran BAHAN B
4. Masukkan BAHAN D
5. Campur semua bahan dan uli sampai tak melekat.
6. Bila doh tak melekat, tutup doh pakai kain lembab, kalau takde pakai pinggan pun boleh.
7. Rehatkan doh selama 30 minit.
8. Selepas 30 minit, barulah boleh untuk buat bentuk donat.
9. Pastikan tak melekat ya, kalau nak letak kat dulang, loyang, pastikan tabur tepung.
10. Lepas tu goreng!
11. Kalau dah keperangan, angkat, tos lepas tu salutkan dengan BAHAN E.
12. SIAP!

Nampak leceh, tapi tak! bila sekali kau dah buat, resepi ni lekat terus dalam kepala.
Aku asingkan ikut section A,B,C,D,E sebab senang sikit nak prepare.
Ikut suka hati koranglah nak buat macam mana.
Aku dah buat dua kali and dua-dua kali donut aku gebu gila. dah sejuk pun lembut!

1st time aku belajar pasal pelembut doh. Banyak lagi aku nak kena belajar ni..hehehe

budak paling drama dalam rumah ni pun approved my donut! 


Patut ke aku jual kuih?
Hehe.


Sekian.

x,
Tia.

Sunday, March 12, 2017

Resepi 101 | Donut Lembut & Gebu (Sedap & Mudah)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Donut Sambal vs. Donut Gemuk
.
Abah Umar nak donut sambal, Umar nak donut. Mak Umar nak glazed donut (tapi tak jadi buat glazed donut sebab malas nak kemas 😅) .
#donuts

Sejak dah jadi working mom ni, semua benda yang simple semua aku sebat. Yela, balik office penat nak mati lepas tu, nak masak lagi. Lebih lebih lagi kalau dapat anak yang picky eater. #pengsan

Terima kasih dekat +Puteri Iris , sebab sudi berkongsi resepi di blognya: daridapuraida

Anak aku yang no.1 satu, suka betul dengan western food. Lepas tu, bukan semua dia sebat tau (walaupun dalam category yang sama) dia sangat #drama (selalu jugalah aku menjadi Vegeta - Dragon Ball).

So, semua watak villain tu aku lah - dimata anak aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Umar (anak no.1) request donut. Bila dia request something, tandanya dia betul betul nak. So apa lagi, aku pun checklah stok nak buat donut ni ada ke tak. Lepas tu, aku perasan KENTANG takde.

Biasanya, aku buat donut campur kentang yang direbus/kukus lepas tu lenyek bersama tepung. FYI, aku ikut resepi makcik aku. Dia punya donut lembut gila. Jealous gila okay? Aku try asyik jadi keria je. Lembut yang sampai ke petang tu, macam tak pernah. Selalu donut aku lembut masa panas je, lepas sejuk, baling ke tingkap pun boleh retak. (hi hi hi)

Tapi lepas aku try resepi +Puteri Iris , fuh! mula risau juga. jadi ke tak ni. Sebab api dapur gas aku ni kuat semacam. so risau tak cukup padu bila goreng. (kena minta +Naz Sloth belanja dapur baru ni)

Resepi ni donut akan lembut dari pagi sampai ke petang. Jangan ketagih sangat okay? Nanti obes macam aku. LOL

Berikut adalah bahan bahannya:

BAHAN A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

*Campurkan bahan bahan ni dalam satu bekas bertutup. Kasi mesra dan berbuih buih mekar didalam bekas.

TIPS 
Penting untk memastikan yis tu aktif sebelum kau uli. Yis ni benda hidup. So, kau kena bancuh yis tu dengan AIR SUAM. TBH, aku pernah main bantai je, bancuh yis tu dengan air panas. Arwah terus yis tu. Jangan main main eh. Dia nak AIR SUAM. Lagi satu pemangkin untuk dia terus hidup dengan jayanya adalah dengan menambah manisan. Seperti susu pekat & gula. Gerenti yis tu menggedik berbuih macam kena sawan.


*Bahan bahan untuk disatukan pada bekas yang lain:
BAHAN B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam


*korang gaul je, sebatikan tepung, marjering,baking powder & garam. Dia akan jadi kasar sikit.

CARA-CARANYA:

  1. Campur BAHAN A, kacau sikit dan tutup bekas sekejap, kasi dia berbuih (berbuih tu tandanya dia aktif)
  2. Pada bekas yang lain, campur BAHAN B, gaul kasi sebati.
  3. Campur BAHAN A yang dah berbuih tu pada bekas BAHAN B
  4. Gaul sampai sebati. 
  5. Setelah sebati, rehatkan doh dengan menutup bekas tersebut selama SATU JAM
  6. Selepas SATU JAM doh akan membuak buak tanda dia sihat. (haha)
  7. Tumbuk tumbuk manja doh tu, lepas tu boleh la di uli mengikut bentuk yang korang idamkan.

Macam dalam gambar kat atas, aku ada buat pau sambal sekali. Sebab masa tu aku ada extra sambal tumis. Senang sangat. Kalau nak buat pau sambal, korang buat jela bulat or pipihkan sedikit lepas tu, goreng. (maaf, aku amateur in cooking, plus aku ada mention kan api dapur aku macam kamehameha...so gelap sikit hiks)

FYI, korang boleh try buat glazed donut juga. Sedap dan gulanya tak bersepah. Senang hati mak (tak payah kepala serabut tengok gula bersepah sepah)

Terpulang nak gula perang ke gula merah ke gula putih ke. Ikut suka hati korang. Hehe,

Yay, nak sambung buat kerja kejap. FML.

Bye,

x,
tia.

Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post