Monday, August 22, 2016

Burst baby burst.

Hari ini/Tadi,

Ngam ngam nak tiba traffic light sebelah Ikano,
tayar mula buat hal. 

Hal yang aku paling berangin kalah effect ditampal koyok atau disapu ammeltz yoko yoko.

Chill, kata aku - tapi aku tak mampu menunggu.
Aku terus google google.
Terus aku suruh suami aku call

Fuh, lega orang ni respond. Tapi, dia tak cover PJ, dia bagi contact in-charge untuk kawasan PJ.
Syukur sangat. Respond pun memuaskan.

Bro tu datang dalam 20 min macam tu, sedap jugalah nyamuk ratah darah obesiti aku ni, 
Tergaru gatu kalah si monkey - bak kata Umar. (aku menambah rasa tahap dewa ni)

menanti menanti menanti
Bro ni datang dari Sunway ke Mutiara Damansara. Gulp, jauhnya bro. Terima kasih kerana sudi membantu kami yang macam binjiala tersadai disebelah kawasan pembinaan MRT. Ala sebenarnya belakang kita orang Ikano/Ikea tapi, motor dah leper habis nak seret pun tak larat. Terima kasih, Bro!
Suami sedang buat senaman squat untuk memejalkan otot bontot. #LOL
Inilah tenggiling comel dan manja kami. Nak tukar baru tapi hari tu dia behave. Lepas ni ikut budi bicaralah, suami sayang teruk dekat tenggiling lejen ni.

Tiba-tiba aku teringat, OLA BOLA;
Kita menang sama-sama,
Kita kalah pun sama-sama..

Maaflah suamiku, your wife ni mental sikit. Sedang cuba perbaiki our teamwork dan understanding sambil dengar lagu Sucker for pain





Ok, lah nak tidur.
Bye.

x,
tia

p/s: tipu, aku nak baca komik lepas tu tidur.

No comments:

Featured Post

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi!  Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi.  FYI, vid...

Popular Post