Thursday, April 23, 2020

Ramadhan 1441



Assalamualaikum semua!

Aku excited sebab diberi kesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ni.
Aku harap bulan Ramadhan membawa keberkatan pada kita semua.
Jom kumpul pahala banyak banyak!

Esok (24 April 2020, Jumaat) bermulanya puasa,
Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Tapi aku sangat excited!

Jom doa banyak banyak supaya virus COVID-19 ni hilang dimuka bumi.
Semoga semua orang yang dijangkiti virus ni sembuh.
AMIN!

Hehe.
See you Ramadhan!

x,
Tia.


Wednesday, April 15, 2020

Random | Slowly Falling by Ha Hyunsang


HiI saw you as you go
It's flashing light
It's flashing light
Is all with you
Accelerate through the light
It's slowing down in your eye
Ha ah ah ah
Ha ah ah
Nothing anew
Went through the night
It's gonna be a day
The night is on our way
And it is so far
It's slowy falling off
I'm holding it now
Before it's going away
And it is so hardIt's slowly falling off
Until the day of our life
I won't let go
I won't let go
Of you
Accelerate through the night
And rising up to the sky
Ha ah ah ah
Ha ah ah
Nothing anew
When we're in light
It's gonna be the silent
Night when your away
And it is so far
I'm slowy falling off
I'm holding it now
Before it's going
Away
And it is so hard
It's slowly falling off
Until the day of our life
I won't let go
I won't let go
Of you
Oh oh oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh ohoh
Oh oh
Oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh
Oh oh oh

Aku ulang lagu ni sampai Spotify recognise my pattern ahahaha.
Lagu ni best. Sesuai sangat dengan drama fav aku, 'A  Piece of Your Mind'
Seperti yang aku pernah share, drama ni memang best. (SUPER DUPER BEST!)
Please enjoy the show! Drama ni ada dekat TVN setiap hari Isnin & Selasa. 
Tapi aku dah lama takde Astro, so aku tengok online je. (maaf Jung Hae In, Chae Soo Bin)
Kalau masuk NETFLIX. confirm layan punya :)

Ok nak sambung buat kerja. 

x,
Tia.

Tuesday, April 14, 2020

Resepi | Poori Senang!

Assalamualaikum semua!

Semoga hari ini kita tetap ceria. Walaupun berkurung didalam rumah, dengan anak, kerja etc. etc.
Tak bazirkan masa! Aku nak share satu recipe mudah, resepi orang India: POORI.

maaf kualiti gambar tak menawan.

Resepi Poori Senang by Chitra's Food Book (improvise)

Bahan Bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar butter / margarine / ghee
  • 2/8 air sejuk (jangan risau part ni, just masukkan air sedikit sampai doh tak melekat)
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam


Cara Caranya:
  1. Gaul semua bahan sampai tak melekat.
  2. Lepas tu rehatkan 5 minit.
  3. Buat adunan macam bebola kecil.
  4. Prepare papan dan penggelek.
  5. Balut bebola doh tadi dengan tepung and leperkan 
  6. Panaskan minyak dalam kuali
  7. Siap untuk di goreng.
  8. Tekan sikit bahagian tengah and then hold bahagian tepi.
  9. Toskan dengan tisu dapur.
  10. Siap!

Sekian.

x,
Tia.

Wednesday, April 8, 2020

Review | Kdrama - A piece of your mind

Assalamualaikum semua,

Aku nak review KDRAMA!
Berjudul A Piece of Your Mind

Drama kali ni adalah hasil lakonan Jung Hae In dan Chae Soo Bin.

Rising star Jung Hae-in hopes to be long-remembered actor

Chae Soo Bin Is Ecstatic About Good News In Upcoming Romance Drama ...


Aku suka dua dua ni & suprisingly, they both have a great chemistry. Sebab before this aku tengok Jung Hae In ni banyak berlakon dengan noona. Lakonan dia bersahaja, tak nampak gedik. Well some of the younger boy's love sometimes tunjuk perangai gedik manja dengan girlfirend yang matang. But dua dua lakonan Jung Hae In dalam Something In The Rain & One Spring Night..watak dia bersahaja. Fresh sikit but dua dua drama ni, perangai dia lebih kurang sama. Except dalam Prison Playbook. Maybe aku je rasa macam tu. Anyway, aku suka.

Chae Soo Bin pula, last drama aku tengok..I'm Not a Robot, aku tahu ada satu lagi drama..Where Stars Land. Aku belum tengok lagi yang tu. Wishlist aku overlap dengan drama baru je. λ―Έμ•ˆν•΄
Style dia pun not bad, so aku jadi surprise bila lakonan dia jadi pretty good bila dia berlakon dengan Jung Hae In. Or maybe dia bagus? Sebab yang aku perasan, dia memang nampak kecik comel, tapi dia tak gedik. Always bawa watak perempuan yang kuat. Dalam cerita ni, dia kuat dan berani.

A Piece Of Your Mind” To Be Shortened By 4 Episodes | Soompi

Synopsis:

Cerita ni berkisahkan seorang AI Programmer yang berjaya  Moon Ha Won (Jung Hae In) & Classical music engineer Han Seo Woo (Chae Soo Bin)  yang secara tidak sengaja berkenalan setelah beberapa pertemuan yang tak disengajakan. Ha Won yang sebelum ni percaya dengan memori lama dia mampu survive tapi kehadiran Seo Woo secara tak langsung menguji Ha Won.

Drama A Piece of Your Mind Bikin Chae Soo Bin Terus Pandangi...

Seo Woo pula, seorang gadis yatim piatu, tiada tempat lain yang boleh dia pergi dan hidup bersendirian.Dia tetap optimistik walau apa pun yang terjadi. Dia percaya dengan takdir yang menimpa. Tidak dia sangka akan bertemu dengan Ha Won.

Unrequited love? Mungkin. Tragedi yang menimpa makin membuatkan dua watak ni semakin rapat. Jom sama sama kita tengok macam mana their love will grow. From 3rd party point of view to the center of the attention (love). Sebab dalam cerita ni, pada mulanya Seo Woo membantu Ha Won untuk dapatkan kembali his first love. Tiba tiba ada something yang berlaku, daripada nak bantu, simpati jadi suka. Sama juga dengan Ha Won. Pada mulanya dia tak boleh move on dengan Ji Soo (wanita yang dicintai). Sampaikan rumah pun dia program jadi Ji Soo this and Ji Soo that. Sampailah dia berada diposisi Seo Woo..memerhati orang yang perhatikan dia. Something yang buat dia boleh move on. 

A Piece of Your Mind' Episode 2 sees Jung Hae-in's Ha Won clueless ...
Ji Soo ni cantik betul.


Aku excited nak tengok cinta dorang ni berkembang. (dasar kaki genre romantis)

A Piece of your Mind' Episode 3: Chae Soo-bin's Seo-woo is in one ...

Tapikan, hari ini Soompi.com ada release breaking news. Drama ni akan dipendekkan from 16 episode jadi 12 je. 😭
Mungkin sebab COVID-19? Sebab risau juga, nowadays banyak cerita best best, tapi risau semua jadi separuh jalan

Jung Hae In And Chae Soo Bin develop feelings In “A Piece Of Your ...

Takpe, sekarang baru episode 6, nak tunggu seminggu 2 episode pun aku dah cukup suffer. Aku okay walaupun sedih. 

Bintang PARASITE, Jang Hye Jin Akan Membuat Cameo Dalam Drama A ...

Aku dah rajin tulis blog. Aku rasa happy bila tulis and share benda. Walaupun, adakala tu aku tak tahu kenapa aku share. 

Sekian.

x,
Tia.

Resepi | Donut Gebu Azlina Ina (FB)

Assalamualaikum semua!

Hari ini aku nak share resepi paling dahsyat, sekali buat confirm gebu by Baking Guru Azlina Ina!
Bukan aku main try je resepi dia ni, aku tengok kawan uni aku, Hawa buat kuih ni, terus aku DM tanya pada dia.."nak resepi...." tak malu betul aku ni. Nak nak kalau nampak makanan yang manis manis. hehe.


Aku tak perasan Hawa mention perkataan 'lagi sedap dari previous recipe'. Phone aku tengah caj, and suddenly aku (semalam) teringin nak makan donut. Aku pun google-lah..



tapi gais, bukan yang ni ya..tapi kat bawah ni 
↓↓↓↓↓↓↓↓↓
sumber: Azlina Ina FB

Resepi dia mudah sangat!
Lagi mudah kalau ikut step yang aku provide kat bawah sediakan bahan A,B,C,D,E.
Bahan A 
1 cawan air
2 sudu besar tepung gandum

(p/s: ni adalah pelembut doh)

Cara Penyediaan:
Masukkan 1 cawan air dan 2 sudu besar tepung gandum.
Kacau sampai sebati
Masak dalam kuali senang sikit.
Masak sampai likat.
Tutup api dan sejukkan bahan A

Bahan B
1 pek yis kering
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin/butter/minyak
1/2 cawan air suam

(p/s: jangan air panas, nanti yis jadi arwah!)

Cara Penyediaan
Masukkan semua bahan
Tunggu sampai berbuih

Bahan C
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung 
secubit garam

(p/s: aku bubuh susu tepung Naell ahahahahaha)

Cara Penyediaan:
Campurkan tepung, susu dan garam dalam bekas yang besar

Bahan D
1 biji telur ayam
1/4 air sejuk

Bahan E
Gula kastor

Now dah boleh mix!

1. Lapangkan Bahan C, buat ruang untuk mix bahan A,B,D
2. Masukkan 2 sudu besar BAHAN A 
3. Masukkan campuran BAHAN B
4. Masukkan BAHAN D
5. Campur semua bahan dan uli sampai tak melekat.
6. Bila doh tak melekat, tutup doh pakai kain lembab, kalau takde pakai pinggan pun boleh.
7. Rehatkan doh selama 30 minit.
8. Selepas 30 minit, barulah boleh untuk buat bentuk donat.
9. Pastikan tak melekat ya, kalau nak letak kat dulang, loyang, pastikan tabur tepung.
10. Lepas tu goreng!
11. Kalau dah keperangan, angkat, tos lepas tu salutkan dengan BAHAN E.
12. SIAP!

Nampak leceh, tapi tak! bila sekali kau dah buat, resepi ni lekat terus dalam kepala.
Aku asingkan ikut section A,B,C,D,E sebab senang sikit nak prepare.
Ikut suka hati koranglah nak buat macam mana.
Aku dah buat dua kali and dua-dua kali donut aku gebu gila. dah sejuk pun lembut!

1st time aku belajar pasal pelembut doh. Banyak lagi aku nak kena belajar ni..hehehe

budak paling drama dalam rumah ni pun approved my donut! 


Patut ke aku jual kuih?
Hehe.


Sekian.

x,
Tia.

Sunday, April 5, 2020

Travel | Koh Lipe - Day 1 (Throwback)

Assalamualaikum semua! 
Harap semua baik baik sahaja. 
Hari ini aku nak share kenangan pergi ke Koh Lipe bersama keluarga kecil aku.
FYI, tempat ni aku pergi pada tahun 2018. Kedengaran sangat lama tapi memori tu segar bugar! 
Susah nak aku lupakan.

KOH LIPE? KAT MANA TU?

Koh Lipe ni merupakan sebuah pulau yang terletak di Satun, Selatan Thailand.

ADA DIRECT FLIGHT TAK MACAM KRABI?

Takde. Sebab dia pulau yang kecil dan Masya-Allah cantik sangat! 

MACAM MANA NAK PERGI SANA?

Kalau dari Malaysia, tak lain dah tak bukan..kau kena pergi ke LANGKAWI. Kenapa Langkawi? Sebab pulau tu dekat dengan Langkawi. Tapi takdelah kau boleh naik bot, dayung dayung dah sampai. Idokle gitu teman oi. Kau kena naik ferry. 

1st thing yang kau kena buat before kau beli ticket flight / ferry ni semua, kau kena pastikan cuaca kat sana. Tak bestlah kalau kau pergi sana lepas tu musim hujan. Sia sia je nanti trip kau. Aku pergi bulan December. Kalau nak diikutkan, tu adalah peak season untuk pelancong melancong ke pulau pulau di Thailand.

"Koh Lipe High season is November to early May, booking your hotel & transportation in advance is recommended. Koh Lipe Peak season is December 15 until the end of February." - 

Ultimate Guide to Koh Lipe, Thailand | 2020 Edition


2nd, kau kena carilah penginapan yang kau nak. Ada budget lebih kau pilih yang resort exclusive. Jangan risau, dia ada pilihan dari harga mahal nak mampus ke murah nak mati. Tapi ingat yang murah nak mati tu..takde penghawa dingin. Kau bayangkan resort kau tu mengadap pantai, pukul 2 petang kau balik bilik lepas tu..kau jadi ikan kering. Haha! Panas okay tepi pantai. kau duduk bawah pokok pun boleh rentung.

3rd barulah kau boleh beli siap siap ticket flight & ferry.
Okay part ni ikut suka hati koranglah nak drive ke apa..aku punya trip aku naik flight ke sana.Masa tu AirAsia murah sikit. So kenalah cari GRAB yang boleh hantar pukul 4 pagi pergi airport. Awalkan? Padahal flight aku pukul 7.50 pagi. Gigih. Masa tu anak aku no. 2 masih dekat kampung so kami bertiga je pergi jalan jalan. Takpelah korang yang lebih terer plan ni, boleh ikut style masing masing. Hehe.

Map of jetty in langkawi
FYI, jetty kat Langkawi ada dua. Dua dua ada ferry ke Koh Lipe. Tapi kita orang pilih..Jetty Point obviously. And kita orang naik ferry petang sebab dia ada dua kali sehari je, pagi dengan petang (kalau tak silap). Aku beli tiket online sebab risau tiket habis. Sebab tu 3 point utama yang aku highlight tadi tu korang kena follow. Yang ni aku naik Tropical Charters 

Harga dia pada aku berbaloi sebab naik ferry and tempoh perjalanan kesana adalah 2 jam.

Okay jom tengok gambar trip aku ke sana:

Umar first trip naik flight! he's so excited!



rindu kulit aku zaman ni.

aku risau telinga anak aku berdesing, aku downloadkan PJ Mask kat hp dia lepas tu pakaikan headphone masa flight nak berlepas.Tapi time ni, memang flight hirup pikuk dengar budak melalak.

gebunya Umar


2 kali pergi Langkawi pun still tak habis tawaf lagi. Semoga ada rezeki pergi sini lagi. Nak chocolate!!

Syurga peminat manisan!
budak ni dah rambang mata
seronok Umar jalan jalan kat Dataran Lang, Langkawi
kau tengok dia dah cari tempat untuk dia posing
pandai betul
sebelum naik ferry kena beratur kat sini 
dalam masa satu hari umar experienced 2 benda baru, naik kapal terbang dan naik ferry
nervouslah tu
rupa ferry kat dalam ni, memang pening sikitlah. kau bayangkan naik bas express yang lama. 
almost 2 jam? aku tak ingat, yang pasti lama gila. aku hampir seasick. kita orang diarahkan naik ke platform untuk transfer ke boat yang lebih kecik. 
naik boat yang macam ni. tu dah nampak persisir pantai koh lipe!

Lepas mendarat je, kami diarahkan ke imigresen kaunter untuk chop passport dan check bag.
Kena bayar few bath fees sebab Koh Lipe ni part of Tarutao National Marine Park.

Kami noob lagi masa ni, so nak pergi ke 'homestay' kami pun nak naik tuk tuk. 

Mulanya tak berapa faham sangat, macam mana rumah dia. Ingatkan dua tingkat..rupanya macam chalet. Sangat bersih, selesa, lengkap dan easy access dekat Sunrise Beach and Pattaya Beach. Jalan kaki je.



Tak sah kalau pergi Thailand tak pergi 7-Eleven. Syurga makanan!!
Plan asal nak quick lunch kat sini untuk alas perut. Who knows, makanan kemain lambat sampai..
elok sangat, pergi Thailand makan Indian food. hahaha

Kau tahu, kita orang nak kejar sunset, kau tengok terik kan..time ni pukul 5.

maafkan sepah, sebab pinggan dia comel sangat, nasi menggunung dan SEDAP

Thank god he loves it! Dia ni cerewet sikit.
Sebenarnya kita orang nak pergi tengok sunset. Pukul 6 macam tu, dah habis dah. Cepat gila sunset.
Tengoklah gambar kat bawah ni, macam mendung. Tapi tak...dia tak mendung, it just..sun dah set. hahaha

Sunrise Beach
kau tengok air dia dalam macam mana..
Waktu ni aku macam seram pula tengok laut. Sebab dia tak sesuai untuk kami yang berenang tahap swimming pool je ni.
Entry ini akan bersambung di hari yang lain. Mengantuk pula aku..hahahaha

Teaser:
Lawa teruk ni.


Sekian.

x,
Tia.

Friday, April 3, 2020

PODCAST | Malam Seram

Assalamualaikum semua!

Hari ini aku nak share Podcast yang menjadi kegemaran aku sewaktu buat kerja di SIANG hari.
Ya, pada waktu siang..aku bukan berani sangat tengok cerita hantu..apatah lagi dengar diwaktu malam. Kecut perut bos!

Nama Podcast ni, MALAM SERAM.
Mula mula aku dengar suara narrator/dj ni.."eh, macam familiarlah..macam DJ radio untuk segmen 'Misteri Jam 12' la.." Rupa rupanya..memang betul tekaan aku.

Aku kena segmen ni pun masa overnight rumah classmate sekolah menengah aku kat JB. Slumber party gittew, lepak ramai ramai. Tepat jam 12 tengah malam, rancangan DJ KC dekat radio Ria berkumandang. Seronok!

Sewaktu dtinggal di JB, hampir semua radio negara seberang aku dapat dengar. Ehem bukan radio je siaran tv pun kami dapat. Silap hari bulan siaran TV indonesia pun kami dapat

Singapore:
Suria (bahasa melayu)
Channel 5 (bahasa inggeris)
Channel 8 (bahasa mandarin)

Indonesia:
RCTV (sinetron)
SCTV (sinetron)

Apa itu ASTRO? Haha.

Berbalik kepada PODCAST dari seberang ni, aku sangat suka cara penyampaian DJ KC ni. Dia bukan sahaja menghiburkan malah, ada elemen suspense. Plus padat dengan banyak cerita. Langsung tak bosan.



Jemput dengar semua! Selamat terhibur!

x,
Tia.



Thursday, April 2, 2020

Random & Berkurung Day 16 | GRIT & GRIME

Assalamualaikum semua,

Nak dramatik sikitlah..

"GUYS! Muka aku breakout teruk sob sob!"😭

Antara faktor yang mengakibatkan penularan bakteria; Cutibacterium acnes adalah:
  1. Hormon πŸ€”
  2. Stress ☑️
  3. Penggunaan acid diwajah (ya, sis voluntarily splash acid kat muka ohohohohhoh) πŸ˜…
  4. Usik jerawat (ni hobi ya, sebab 1st time muka break out macam Bepop) πŸ‘€
Siapa kenal Bepop tu memang power sebab tu komik zaman aku form 4! zaman layan LAWAK KAMPUS dan yang sewaktu dengannya.

Karakter Bepop Dalam Lawak Kampus... - Keith Lawak Kampus | Facebook
inilah bepop
Lawak Kampus: July 2013
asal aku lari topic ni?
  1. HORMON
    Aku memang sedia maklum pasal ni. Sejak aku awal 20-an memang hormon macam apa ntah. Paling susah bila pregnant. Aku tak tahu bila tarikh last period aku. Yang ni memang rutin la. Macam agak kerap jugalah aku missed period, lepas tu kerap jugalah PANIC πŸ˜‚ Hormon yang stabil ni pun punca aku jerawat.
  2. STRESS
    Stress ni aku cuma boleh dapat bila aku bekerja. Aku kalau stress memang seketul dua berlonggok kat muka. Siapa tak stress kalau time kerja? Tapi stress aku lain macam, sebab banyak benda aku nak kena bedah and korek maklumat sebab masalah tak simpan properly. WIP, NEXT!
  3. FACE ACID
    Aku baru tahu pasal face acid ni circa 2018 tapi aku study dengan lebih mendalam lagi pada tahun lepas. Selama ni dalam mindset aku, kalau ada lubang tersumbat, kita basuh, sental sehingga kotoran keluar kan? Tapi salah tu, physical exfoliator tak bagus untuk kulit (ada few yang bagus, tapi untuk kulit orang berusia ni tak digalakkan.

    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml | HERMO Malaysia
    Cosrx BHA Blackhead Power Liquid 100ml (MYR 72.00)

    Sebelum pakai product ni, aku boleh rasa kulit aku congested teruk. Tak nampak ada jerawat, tapi bila cuci muka berbiji biji muka aku dari dalam. Bila aku pakai je. POOF! Jadilah JERAWAT! SATU MUKA.

    Tak tahu nak bersyukur ke atau nak nangis. Tapi aku pilih nak meratap pemergian kulit aku yang bersih dulu. Sob sob.

    2 minggu MCO memang settlekan jerawat jela. Tapi bagus juga MCO ni, muka aku bebas make up. So, healing process pun senang. (yang ni pun tak surelah patut happy ke tak? #sisdilemma)
  4. USIK JERAWAT
    Ni kesilapan terbesar aku. Aku memandang remeh dengan BAKTERIA. Silap aku juga sebab paksa all the bump to come out. Bila kulit dah luka, lagi senanlah bakteria tu buat kerja. Suami aku dah pesan, jangan usik, jangan usik..tapi aku usik juga.Now rasakan!
Mana bukti muka aku berJERAWAT? Tak maulah share. Confidence level aku tahap kerak bumi dah ni. Segan nak tunjuk muka kat orang.

APA AKU BUAT UNTUK TREAT MUKA YANG PENUH PANCAROBA NI?

  1. Double cleansing.

    SIMPLE
     Hydrating Cleansing Oil 125ml (MYR 44.50)
    Pagi dan malam je aku buat, sebab muka tengah purging ni, dia punya minyak..tak boleh bawa bincang. Dah 5 hari straight aku buat double cleasing ni.

    1 - 3 days: sikit je keluar, kadang kadang takde langsung. Konon ingat muka suci lah tu.
    4 - 5 days: ambik kau! macam kampit gula bocor. bersepah, lagi lama aku massage, lagi banyak.

    FYI, aku follow tips dari instagram, ada orang tu dia ada hormonal acne, so dia buat double cleansing. And dia super addicted dengan double cleansing. Kadang kadang sampai 2 jam dia massage muka dia. (aku ditch 60 second rules untuk oil cleansing, sebab 60 second tak jalan!) Ada juga dia mention cara massage. Normally korang buat outward kan? Yang ni, cuba buka inward, but be careful around mata ya..nanti kedut jangan salahkan aku πŸ˜…

    Inilah hasilnya!

    macam pasir
    akhirnya tempat persembunyian kau terbongkar! ahahahaha

  2. Sabar
    ya tu je yang boleh kita buat untuk merawat kulit agar flawless. menahan diri dari memicit memerlukan perseverance yang tinggi. (sampai ke hari ini aku ingat ayat tu, sebab masa muda liat nak hafal, amekaw keluar test. gagap nak jawab!
Sekan.

x,
Tia.


Featured Post

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi!  Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi.  FYI, vid...

Popular Post