Friday, April 3, 2020

PODCAST | Malam Seram

Assalamualaikum semua!

Hari ini aku nak share Podcast yang menjadi kegemaran aku sewaktu buat kerja di SIANG hari.
Ya, pada waktu siang..aku bukan berani sangat tengok cerita hantu..apatah lagi dengar diwaktu malam. Kecut perut bos!

Nama Podcast ni, MALAM SERAM.
Mula mula aku dengar suara narrator/dj ni.."eh, macam familiarlah..macam DJ radio untuk segmen 'Misteri Jam 12' la.." Rupa rupanya..memang betul tekaan aku.

Aku kena segmen ni pun masa overnight rumah classmate sekolah menengah aku kat JB. Slumber party gittew, lepak ramai ramai. Tepat jam 12 tengah malam, rancangan DJ KC dekat radio Ria berkumandang. Seronok!

Sewaktu dtinggal di JB, hampir semua radio negara seberang aku dapat dengar. Ehem bukan radio je siaran tv pun kami dapat. Silap hari bulan siaran TV indonesia pun kami dapat

Singapore:
Suria (bahasa melayu)
Channel 5 (bahasa inggeris)
Channel 8 (bahasa mandarin)

Indonesia:
RCTV (sinetron)
SCTV (sinetron)

Apa itu ASTRO? Haha.

Berbalik kepada PODCAST dari seberang ni, aku sangat suka cara penyampaian DJ KC ni. Dia bukan sahaja menghiburkan malah, ada elemen suspense. Plus padat dengan banyak cerita. Langsung tak bosan.



Jemput dengar semua! Selamat terhibur!

x,
Tia.



No comments:

Featured Post

1 MILLION VIEW?!

Assalamualaikum dan hi!  Aku nak ulas hairan sungguh aku dengan rakyat di dunia yang ada fetish aneh tengok orang menyusukan bayi.  FYI, vid...

Popular Post