Thursday, March 30, 2017

Memori: Hari pertama Menstruasi

2000, Tampoi, JB

Sabtu, aku rasa hari sabtu. Sebab hari tu, aku tak sedap badan (malas nak pergi kokurikulum kat sekolah). Aku dulu suka tidur sampai esok hari nya. Mak abah panggil aku mayat hidup. #LOL

Aku tak ingat mak abah aku pergi mana. Seingat aku, seorang pun takde. Bangun je rasa shitty gila. Perasaan tu fresh sebab first time kena benda tu. Aku rasa aku bangun awal sikit masa tu, dalam pukul 9 macam tu? (aku rasa awal)

Lepas tu, aku pun ambillah towel, nak mandi, aku terkejut sebab basah. Dalam hati aku, "oh man~ (ceh nak berompotih bagai). Aku mati mati ingat aku ngompol. Aku pun segera ke bilik air dan aku hampir nak pitam. DARAH!

FYI, aku tak belajar lagi pasal mentruasi ni. Belum sampai chapter tu. So, I thought I was dying. LITERALLY DEAD. Takde orang dekat rumah dan aku seorang diri. Tiba tiba, aku teringat. Mak ada pampers.

Aku ni ada trait suka menyelongkar barang dekat rumah. Sebab takde kerja. (ada je kerja sekolah tapi gatal nak buat task yang challenging) So aku pernah terjumpa pampers yang useless. Dia segi empat, ada gam dan tak serap air. Aku pernah try dan sangat useless.

Aku pun try la geledah bilik mak aku, aku tak jumpa pula pampers yang useless tu. 

NGAM NGAM, aku dalam keresahan nak tunggu mak aku balik. Whis is idk when she will be coming back. Aku pun pergi rumah bff main aku. She's 1 year younger than me. Nama dia Diana ke Dayana ke Diyanah lupa. 

Dia gelakkan aku kaw kaw, dengan nada kerek. "kau periodlah" Hah?! Masa tu aku pun belajarlah erti period dari dia. Dia dah kena dulu. So, dia senior aku even though aku lagi tua dari dia. Dia ajak aku pergi beli pad. Dari situ aku tahu nama pad tu adalah pad atau tuala wanita. Bukan useless pampers.

Wait, mana aku dapat duit? Of course la dari bilik mak aku. Hehe, Aku mana ada duit nak beli barang so aku ambillah RM10.

Kenapa aku ingat hari tu, Sabtu? sebab aku terserempak dengan cikgu kokurikulum semasa nak beli pad. 

Setelah aku balik, aku pun pakaila dan masa tu, aku terasa dewasa sangat. Kawan main baling selipar aku ajak aku main baling tin. Aku cakap, sorry tak boleh main dah.. Poyo siot!

Bila mak aku balik. Aku excited la cakap.."Mak along dah period!!!" Macam dah berjaya sangat. Padahal period je pun. Bila mak aku tanya mana dapat pad? Aku cakaplah beli kat kedai. 

"Tahu pakai tak?" Dia tanya macam mana aku pakai pad. Aku tunjuklah. Ketawa teruk mak aku Dia cakap, macam mana nak serap? AKU PAKAI TERBALIK. no wonder tak selesa. Aku pakai gam dia. lol. #noob

Selepas membersihkan diri dan memakai pad dengan sempurna aku pun berjalan jalan ditepi taman permainan, sambil mengambil angin senja. Time tu aku dah rasa dewasa betul. Ya tuhan perasan nak mati. 

Tiba tiba ada budak panggil aku "ayi?" aku pun toleh, BANG! peluru biji apa ntah tepat kena kat sebelah mata aku. MATA AKU PEDIH NAK MATI. Siot punya budak. Langsung tak cakap maaf dorang beredar pergi. Aku pun melalak lah macam budak 5 tahun menangis, mengadu kat mak aku. Kena tembak dengan budak sengal tu.

Maka berakhirlah dengan tragis hari pertama aku didatangi menstruasi.

Sekian.

x,
tia

No comments:

Featured Post

Minyak Herba Asmak (Day 1)

Siapa yang pernah nampak orang promote minyak ni kat  Tiktok ? Aku terjebak! Sebab cuaca sekarang yang tak menentu, sekejap panas sekejap se...

Popular Post